Etika Perkhidmatan Musyrif
Etika Perkhidmatan Musyrif
- Diharapkan kepada mereka yang ditaklifkan sebagai musyrif dapat menjalankan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab dan seikhlas hati. Musyrif yang ditetapkan untuk bertugas adalah berdasarkan kepada sistem MUSYKA masing-masing bagi memudahkan urusan kedua-dua pihak yang berkenaan. Mana-mana akhawat yang ingin menggunakan perkhidmatan musyrif disarankan untuk menghubungi musyrif yang bertugas seperti yang telah ditetapkan dalam jadual musyrif mengikut sistem ketua kawasan yang dilantik oleh JAKSI.
- Harus diingatkan bahawa bilangan minimum untuk mendapatkan perkhidmatan musyrif ialah sebanyak 2 orang akhawat. Namun, ini bergantung kepada budi bicara musyrif sendiri.
- Para akhawat diharapkan dapat membuat temu janji seawal mungkin dengan musyrif yang bertugas beserta maklumat perjalanan selengkapnya untuk memudahkan urusan kedua-dua pihak.
- Temu janji perlu dibuat SELEWAT-LEWATNYA 6 jam sebelum waktu perjalanan sebenar. Jika maklumat permintaan musyrif diberikan lewat dari tempoh itu, musyrif tersebut berhak menggunakan budi bicaranya untuk menerima atau menolak permintaan akhawat tersebut. Perkara ini turut diambil kira ketika berurusan dengan musyrif kecemasan.
- Musyrif kecemasan hanya boleh dihubungi jika semua musyrif yang bertugas tidak dapat melaksanakan tugas atas sebab-sebab tertentu. Musyrif kecemasan juga akan hanya bertugas jika ada kes-kes kecemasan untuk menuju ke muhafazah lain (luar Kaherah) pada waktu malam. Permohonan musyrif kecemasan boleh dibuat melalui ketua musyrif kecemasan yang telah ditetapkan.
- Para akhawat digalakkan untuk tidak berada di luar rumah selepas maghrib. Namun, sekiranya mempunyai urusan penting waktu yang digalakkan hanyalah sehingga 12.00 am sahaja kerana perkhidmatan musyrif berjadual ini akan berakhir pada jam 12.00 a.m.pada setiap hari (melainkan keadaan yang layak ditafsir sebagai darurat syariah).
- Persetujuan pihak musyrif adalah bergantung kepada budi bicara masing-masing.
- Para akhawat yang menggunakan perkhidmatan musyrif disarankan untuk menanggung sebarang kos perjalanan (tambang) yang perlu dibelanjakan oleh musyrif.
- Pihak musyrif dan para akhawat perlulah sentiasa menjaga adab masing-masing dan menjaga ikhtilat agar tidak mencemarkan nama baik seorang muslim.
- Unit Musyrif tidak akan bertanggungjawab ke atas masalah yang berlaku kepada akhawat yang tidak menggunakan khidmat musyrif yang telah disediakan oleh Unit Musyrif.
- Sebarang aduan, kritikan dan cadangan yang dirasakan bernas boleh diajukan kepada ketua atau timbalan ketua JAKSI. Terima kasih dan selamat menjalankan tugas diucapkan kepada musyrif yang tersenarai untuk menjalankan amanah yang telah diberikan Allah ini.
Disediakan oleh:
MUHD IQBAL BIN SAMSUDIN
Ketua
Unit Musyrif
Jawatankuasa Keselamatan dan Sosial Islam (JAKSI)
PERUBATAN Cawangan Ain Shams (2016/2017)
Sebarang permasalahan boleh menghubungi:
Muhammad Naim Bin Mohd Pauzi
Pengarah
+0112-5227845
Siti Rodhiah binti Zorkarnain
Timbalan Pengarah
+201115885567
Muhammad Amiruddin Bin Suhaini
Pengerusi
+20128-6130759
+60148477537
Irshafinah Binti Jamaludin
Timbalan Pengerusi
+20115-8454871
Muhd Iqbal BinSamsudin
Ketua Unit Musyrif
+20115-8004430
+6013-4194298
Ainun Nabila Binti Mohd Ridzuan
Timbalan Ketua Unit Musyrif& Gerak Khas
+201274235281
“PCS, Kita Satu Hati”
“Haq Tertegak, Biah Terpelihara”
Jawatankuasa Keselamatan dan Sosial Islam (JAKSI)
PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS)
Sesi 2016/2017
komen membina peribadi mulia