SEJARAH(KRONOLOGI) PCS

 

SESI 2012/2013

  1. 2 MAC 2012 – Seramai 21 orang ahli PERUBATAN dari Universiti Ain Shams terpilih untuk menganggotai Organisasi PERUBATAN Universiti(OPU) Ain Shams yang tertubuh secara rasminya pada MAT Kali Ke-8.
  2. Markas pertama mula digunakan di Abbasiah. Namun demikian, markas tersebut hanya dapat bertahan selama beberapa bulan dan akhirnya perlu dikosongkan atas faktor keselamatan.
  3. 28 MEI 2012 – Empat orang wakil OPU, diketuai oleh Pengerusi menghadiri perjumpaan bersama pihak universiti untuk menjayakan usul yang diterima ketika MAT Kali Ke-8 iaitu, ‘Memperkukuhkan hubungan dengan Pihak Universiti dan Persatuan Universiti’.
  4. 17 JULAI 2012 – Kunjungan Ramah Mesra oleh Delegasi Kehormat Education Malaysian Egypt(EME) yang diwakili oleh Pegawai Penasihat Pendidikan & Latihan(PPL) Jabatan Perkhidmatan awam(JPA), En. Muhamad Zikril Azan bin Abdullah dan En. Syariff bin Jasman. Manakala pihak universiti pula diwakili oleh Dekan Fakulti Universiti Ain Shams, Dr.Mamdouh Hamdy El-Kafrawy, Timbalan Dekan, Dr. Aisha Mohamed Abo El-Fotouh bersama Dr. Suzi Hanafy Ibrahim, Penyelaras Pelajar-pelajar Melayu, dan Mr.Said, Pegawai Khas Hal Ehwal Pelajar-pelajar Malaysia. Wakil pimpinan OPU beserta beberapa wakil pelajar Universiti Ain Shams turut sama menyertai ramah mesra tersebut.
  5. 2 SEHINGGA 22 DISEMBER 2012 – Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan(JPC) ditubuhkan untuk mengendalikan Pilihan Raya Cawangan bagi memilih calon Ahli Jawatankuasa Tertinggi(AJKT) PERUBATAN Cawangan Ain Shams(PCS) dan pembuangan undi dilakukan di Dewan V1 Fakulti Perubatan Universiti Ain Shams.
  6. Pada sesi ini juga beberapa program telah berjaya dilaksanakan buat pertama kali :
  7. 6 DAN 7 APRIL 2012 – Diskusi Fiqh Perubatan di Wisma Melaka, Hayyu Sabiek, Kaherah.
  8. 7 APRIL 2012 – Bual Bicara bersama Syeikhuna Al-Muhaddis Dr Yusri Sayyid Aljabr di Dataran Hayyu Asyir, Kaherah.
  9. 14 APRIL 2012Ain Shams Family Day 2012(ASFaD’12) di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah(DMAK), Kaherah.
  10. 16 DAN 23 JUN 2012 Excellent Clinical Radiology Course dengan kerjasama Jawatankuasa Penghuni (JKP) DMAK, di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah

(DMAK), Abbasiah, Kaherah.

  1. 14 DISEMBER 2012Ain Shams Barbeque Day 2012(ABBY) di Nadi ‘Ailah, Abbasiah, Kaherah.

 

 

 

 

SESI 2013/2014

  1. 8 MAC 2013 – Secara rasminya PERUBATAN Cawangan Ain Shams(PCS) tertubuh pada MAT Kali Ke-9 yang bertempat di Kasr el-Ainy Conference Center, Universiti Kaherah, Kaherah.
  2. 27 MAC 2013 – Penemuan markas baharu yang juga merupakan markas kedua di Abbasiah, bertempat di Dur 7, Imarah 56, Syari’ Gharbu El-Kishlaq, Abbasiah, Kaherah. Namun markas tersebut hanya mampu bertahan untuk beberapa bulan sebelum ia dikosongkan.
  3. 30 MAC 2013 – Pelancaran kumpulan kartunis PCS, yang diberi nama Ain Shams Medical Artist, juga lebih dikenali sebagai SMArt.
  4. MEI 2013 – Majalah “Ain Shams University Citizen”(ASUzen) diterbitkan oleh Biro Penerbitan dan Penerangan(BPP) sekaligus bertindak sebagai sebagai lidah rasmi PCS.
  5. MEI SEHINGGA OKTOBER 2013 – Penggunaan markas tahsin al-Quran bawah kelolaan Biro Pembangunan Insan(BPI).
  6. 29 JUN SEHINGGA 1 JULAI 2013 – Penubuhan Bilik Gerakan PCS sempena OPS 306.
  7. OGOS 2013 – Proses Evakuasi secara besar-besaran buat kali kedua. PERUBATAN melalui PCS menjadi sumber rujukan yang utama dalam hal ehwal pengurusan mahasiswa Universiti Ain Shams dan ini dibuktikan melalui proses evakuasi yang mana kepercayaan diberikan kepada PCS untuk menguruskan hampir semua urusan yang melibatkan pergerakan pelajar.
  8. 28 OGOS 2013 – Abdullah bin Azahari, Pengerusi PCS yang pertama meninggal dunia. Jawatan Pengerusi kemudiannya dipangku oleh Mohamad Alfatani bin Abdullah, Naib Pengerusi I.
  9. SEPTEMBER SEHINGGA OKTOBER 2013 – Perpindahan sejumlah besar ahli PCS ke Malaysia dan India melalui kaedah “transfer credit”. Turut berlaku kekosongan 4 kerusi Ahli Jawatankuasa Tertinggi(AJKT) yang kemudiannya dipangku oleh AJKT yang masih ada.
  10. 13 NOVEMBER 2013 – Satu-satunya sesi di mana majlis sambutan mahasiswa baru dilakukan secara formal yang dihadiri oleh Timbalan Dekan untuk mengalu-alukan kedatangan pelajar baharu.
  11. 15 SEHINGGA 21 NOVEMBER 2013 – Pilihanraya Kecil(PRK) buat pertama kalinya diadakan untuk menggantikan Mohd Deenie bin Mohd Rodzhan, Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN(MTP) yang menyambung pengajian di Malaysia. Calon tunggal, Iskandar Afiq bin Razali yang juga merupakan Ketua Biro Penerbitan dan Penerangan(BPP) pada ketika itu diisytihar menang tanpa bertanding.
  12. DISEMBER 2013 – Laman sosial “Twitter” mula digunakan secara rasmi sebagai medium hebahan tambahan selain laman sosial “Facebook Page” dan laman sesawang PERUBATAN Cawangan Ain Shams.
  13. 15 FEBRUARI 2014 – Buat pertama kalinya PCS bekerjasama dengan pihak universiti dalam mengadakan Majlis Konvokesyen bagi meraikan mahasiswa Universiti Ain Shams yang menyertai program “Memorandum of Understanding”(MoU).

 

 

SESI 2014/2015

  1. 4 MAC 2014 – Tema ‘PCS, Kita Satu Hati’ diperkenalkan dan digunakan sehingga kini.
  2. 13 MAC 2014 – Pengenalan sebuah program jalinan ukhuwah berthaqafah mini yang diberi nama ‘Bicara Pagi Bersama Murabbi’ anjuran Biro Perumahan(BHOME) yang diadakan pada hari Jumaat secara berkala.
  3. 13 APRIL 2014 – Perasmian markas ketiga di Abbasiah yang diberi nama Teratak Ulul Albab yang terletak di Syaqqah 16, Dur 3, Imarah 1, Syari’ Bustan El-Geish, Abbasiah, Wara’ Qism Syurtoh El-Waili, Abbasiah, Kaherah. Satu pertandingan mencipta nama markas telah diadakan bagi tujuan tersebut dan ia dimenangi oleh Muhammad Shafiq bin Kadir.
  4. 23 APRIL 2014 – Sistem taakhi dalam MKB diwujudkan untuk meluaskan sebaran kebajikan kepada seluruh batch di Universiti Ain Shams.
  5. 27 APRIL 2014 – Pelancaran Hari Smart Circle(SC) iaitu pada setiap hari Rabu. Hari khas ini diwujudkan bertujuan untuk memberi ruang kepada para mentor dan mentee menjalankan SC.
  6. 12 MEI 2014 – Berlaku PRK kali kedua untuk mengisi kekosongan Ketua Biro Akademik. Jawatan tersebut akhirnya disandang oleh calon tunggal, Muhammad Amiruddin bin Suhaini yang menang tanpa bertanding.
  7. OKTOBER 2014 SEHINGGA FEBRUARI 2015 – Pelancaran Kempan Kau Aku Menuju Ilahi(KAMI) yang bertujuan untuk memelihara biah solehah di bumi Abbasiah. Kempen ini merangkumi beberapa komponen dalam pembentukan jati diri seorang mahasiswa Muslim dan ia digerakkan secara khusus oleh Biro Pembangunan Insan(BPI) dengan kerjasama Jawatankuasa Keselamatan dan Sosial Islam(JAKSI) PCS.
  8. 8 NOVEMBER 2014 – PCS buat pertama kalinya menganjurkan Kejohanan Badminton Piala Pengerusi PCS dan masih berlangsung saban tahun.
  9. 22 DISEMBER 2014 – Perasmian Maktabah Abdullah Azahari di Teratak Ulul Albab. Nama Abdullah Azahari dipilih kerana terdapat banyak bahan bacaan beserta rak buku kepunyaan Allahyarham yang disumbangkan oleh warisnya kepada PCS, selain meraikan sumbangan Allahyarham sebagai Mantan Pengerusi PCS.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SESI 2015/2016

  1. PCS menjadi entiti yang diberi kepercayaan penuh dalam menyalurkan segala maklumat tentang hal ehwal akademik kepada seluruh pelajar Universiti Ain Shams. Logo dan kepala surat PERUBATAN mula digunakan secara rasmi untuk sebarang urusan surat-menyurat antara PCS dengan pihak universiti.
  2. Sepanjang sesi ini juga pimpinan PCS mengadakan beberapa siri pertemuan bersama pihak pentadbir universiti yang bertujuan untuk memperkukuh hubungan antara PCS dengan pihak universiti, selain menyelesaikan beberapa isu yang melibatkan pelajar.
  3. MAC SEHINGGA APRIL 2015 – PCS mengadakan pertemuan bersama Timbalan Dekan Fakulti Perubatan Universiti Ain Shams, Dr. Aisha Mohamed Abo El-Fotouh untuk menyelaraskan kefahaman bahawa segala urusan bawah tujuan akademik tidak akan dikenakan bayaran.
  4. APRIL, OKTOBER DAN NOVEMBER 2015 – PCS menerima jemputan daripada Student Union Universiti Ain Shams untuk menghadiri sebuah mesyuarat umum seluruh persatuan bawah Fakulti Perubatan dan sekaligus menjadi wakil pelajar Malaysia yang terlibat dalam mesyuarat berkenaan. Selain itu, mesyuarat umum ini juga menjadi medan perkenalan PCS dengan Persatuan Sona el-Hayah.
  5. OKTOBER 2015 – Pengenalan PCS kepada seluruh barisan pentadbir selari dengan pertukaran Dekan Fakulti Perubatan Universiti Ain Shams yang baru iaitu Prof. Dr Mahmoud el-Meteini.
  6. MEI SEHINGGA JUN 2015 – Pemusatan Pilihan Raya bagi Majlis Ketua Batch(MKB) yang bertujuan untuk menyelaraskan pemilihan jawatankuasa bagi setiap batch agar selari dengan matlamat yang ingin dicapai oleh Naib Pengerusi pada ketika itu.
  7. JULAI 2015 SEHINGGA FEBRUARI 2016 – Dua projek kajian lapangan tentang sukan dan MKB berjaya diselesaikan pada sesi ini dan hasilnya jelas menampakkan perubahan kepada pergerakan pentadbiran organisasi.
  8. 7 NOVEMBER 2015 – Program “For You Mademoiselle” dianjurkan bagi meraikan pembawaan Timbalan Pengerusi yang menekankan pembangunan mahasiswi.
  9. 1 SEHINGGA 2 DISEMBER 2015 – PCS melakar nama dalam komuniti Arab Universiti Ain Shams melalui kolaborasi sulung bersama persatuan Arab di Universiti Ain Shams di dalam program “Fakkir bil Malizia” atau “Malaysian Day”.
  10. 4 DISEMBER 2015 – Penjenamaan semula program Bicara Pagi Bersama Murabbi kepada “Morning with Crackers and Hot Chocolate”(MOCHA) bawah kelolaan Biro Pembangunan Insan(BPI).
  11. 10 SEHINGGA 11 DISEMBER 2015 – Pengubahsuaian program Mega PCS bertemakan akademik dan kerjaya melalui program “Medical Team Open Day”.
  12. 28 DISEMBER 2015 – PCS buat pertama kali menjemput Syeikh Hisyam Kamil dalam menjayakan sebuah program anjuran Biro Pembangunan Insan(BPI).

 

 

SESI 2016/2017

  1. FEBRUARI 2016 – Penubuhan Panel Setiausaha dan Bendahari yang bertujuan untuk mengoptimumkan peranan Setiausaha dan Bendahari setiap jabatan serta biro.
  2. 4 SEHINGGA 15 APRIL 2016 – Pengenalan konsep baharu dalam ASFaD 2016 dan pembaharuan ini mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan daripada ahli.
  3. 27 SEPTEMBER SEHINGGA 9 DISEMBER – Pelaksanaan Kempen Pembudayaan Ilmu(KPI) di mana PCS mengadakan bengkel penterjemahan kitab melalui Akademi Penghayatan Ilmu(API) yang diadakan secara berkala beserta beberapa program lain.
  4. 1 SEHINGGA 18 DISEMBER 2016 – Bilangan kerusi AJKT yang dipertandingkan pada JPC 2016 dikurangkan berikutan jumlah ahli PCS yang semakin mengecil.
  5. 20 DISEMBER 2016 – Perpindahan markas keempat di Abbasiah berikutan harga sewa yang semakin meningkat.
  6. 6 JANUARI 2017 – Perasmian sebuah akademi yang diberi nama Akademi Al-Ghazali yang bertujuan untuk melahirkan pemikir dalam PCS.
  7. 20 JANUARI 2017 – Perasmian Teratak Ulul Albab 2.0 yang terletak di Dur 1, Imarah 19, Syari’ Madrasah Waliey El Ahd, Qism Waili, Abbasiah, Kaherah.