aset markas

[ ETIKA PEMINJAMAN DAN PENGGUNAAN ASET MARKAS ]

1. Setiap individu yang hendak menempah aset BHOME PCS hendaklah menempah kepada:

Ketua Unit: Muhammad Akmal Ashraaf bin Rosli (+201200118638)-panggilan dan whatsapp.
Timbalan Ketua Unit: Nurul Fadhlin binti Mohamad Ali (01122928305)-whatsapp, (+201154092242)-panggilan

2. Tempahan hendaklah dibuat sekurang-sekurangnya seminggu sebelum tarikh penggunaan.

3. Setiap tempahan yang dibuat, penempah hendaklah menyatakan dengan jelas tujuan dan masa tempahan.

4. Unit Aset berhak membatalkan tempahan sekiranya terdapat sebarang masalah yang berlaku samada daripada pihak kami atau pun daripada pihak penempah.

5. Aset yang dipinjam sentiasa dijaga dengan selamat dan rapi sepanjang digunakan di dalam sebarang program yang dijalankan.

6. Jika berlaku sebarang kerosakan atau kehilangan aset, sila laporkan dengan segera kepada Unit Aset dan penempah perlu bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya kerosakan dan kehilangan yang berlaku atas kecuaian sendiri.

7. Segala aset yang digunakan hendaklah diletakkan semula di tempat asal aset-aset tersebut diambil.

8. Sekiranya selesai menggunakan aset-aset tersebut, hendaklah segera memulangkannya kepada Unit Aset. Sebarang kelewatan akan dikenakan denda sekiranya melebihi TIGA hari.

“Together We Unite to Serve Community”
“PCS, Kita Satu Hati”

Biro Perumahan (BHOME),
PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS),
2014/2015