visa1314

SEBELUM

1. Bawa 1 gambar berserta kerneh (kad pelajar) ke Shu’un Tullab (Pejabat Hal Ehwal Pelajar) di universiti anda, dan mohon syahadah (Surat Akuan Universiti) daripada kerani yang bertugas di situ.

2. Fotostat 2 salinan bagi setiap perkara berikut:

  • i. Muka depan passport
  • ii. Visa terbaru yang dilekatkan di dalam passport (bagi pelajar tahun 1, perkara ini tidak diperlukan)
  • iii. Cop Imigresen bagi tarikh ketibaan di mesir (dicop di dalam passport)
  • iv. Syahadah
  • v. Salinan Surat pengampunan untuk mengelak denda (jika ada)


SEMASA

1. Sampai sahaja di bahagian pengurusan visa, anda dikehendaki untuk mengambil borang imigresen di sebuah meja yang dikawal oleh seorang pegawai imigresen. Sila isi borang tersebut dengan lengkap.

2. Kemudian, sila beli setem yang berharga L.E 8 di kaunter setem (kaunter tersebut berada di sebelah kiri meja yang dikawal oleh pegawai imigresen tersebut).

3. Sediakan segala dokumen dengan selengkapnya dan serahkan kesemua dokumen-dokumen tersebut di kaunter Non-Arab Resident (tiga kaunter yang bertentangan dengan meja pegawai imigresen).
Dokumen-dokumen yang perlu diserahkan adalah seperti berikut:

  • i. Gambar 2 keping
  • ii. Borang Imigresen yang sudah diisi dengan lengkap
  • iii. Stem L.E 8
  • iv. Pasport original
  • v. Syahadah original
  • vi. Segala dokumen yang difotostat

4. Jika tiada masalah, passport original anda akan dikembalikan dan anda perlu hadir semula ke pejabat imigresen tersebut selepas 10-14 hari berserta dengan passport original dan wang sebanyak LE 83.


SELEPAS

1. Semasa anda ingin mengambil visa anda, serahkan passport original anda kepada pegawai yang bertugas di kaunter tuntutan visa (berdekatan dengan kaunter setem), dan anda akan diarahkan untuk menunggu selama 2 jam sebelum anda berjaya mendapatkan visa anda.

2. Selepas 2 jam, datang kembali ke kaunter tersebut, pastikan anda menuntut pasport original anda bersama dengan visa yang dilekatkan di dalamnya sebelum anda meninggalkan kaunter tersebut.

3. Jika berlaku kehilangan pasport atas kecuaian pegawai imigresen Mesir, sila hubungi pegawai kedutaan Malaysia secepat mungkin bagi menyelesaikan masalah tersebut secepat mungkin. Jika tidak, pasport anda berkemungkinan besar tidak akan dijumpai semula.

PERHATIAN

1. Mogamma’ akan mula dibuka pada jam 8.00 a.m –
2.00 p.m. Anda digalakkan untuk berada di sana sebelum jam 8 a.m.

2. Anda juga turut dinasihatkan untuk membawa bahan-bahan bacaan bersama dengan anda ketika berurusan di sana kerana selalunya akan terdapat ramai pelancong dan pelajar asing yang menungu giliran untuk membuat visa.

3. Anda dinasihatkan supaya tidak pergi dalam bilangan yang ramai kerana ini boleh membuatkan penjaga kaunter di sana menjadi kelam kabut. Mengikut pengalaman yang lalu, penjaga kaunter tersebut boleh meyuruh anda melakukan perkara yang anda tidak jangkakan jika keadaan menjadi kelam kabut menurut pandangannya.

4. Sekiranya anda memperbaharui visa anda lewat daripada tarikh luput visa tersebut, sila dapatkan surat pengampunan rasmi daripada En Sulaiman di ARMA. Surat tersebut adalah penting bagi mengelakkan anda daripada didenda oleh pihak imigresen Mesir.

“Together We Unite to Serve Community”

Biro Kebajikan (BCARE)
PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS)
2013/2014