KENYATAAN RASMI : Penjawatan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PCS 2021/2022

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam kerana dengan limpah kurnia-Nya kita masih diberikan nikmat yang paling berharga iaitu nikmat Iman dan Islam. Tidak dilupakan, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Salallahu ‘Alaihi Wasallam.
Patah tumbuh hilang berganti. Dengan perletakan jawatan pimpinan sesi 2020/2021 dalam Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) PERUBATAN Cawangan Ain Shams kali ke-8 pada 12 Februari lalu, maka, telah rasmilah kenaikan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS) bagi sesi 2021/2022.
Merujuk kepada Perlembagaan PERUBATAN bab ke-4, fasal 28, Nombor 1(c), iaitu : 1 (c) Pembahagian jawatan-jawatan dalam kalangan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan akan ditentukan oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan dalam mesyuarat pertama selepas Mesyuarat Tahunan Cawangan kecuali jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi.
Jawatan-jawatan bagi Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Ain Shams 2021/2022 adalah seperti yang berikut:
AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI (AJKT):
JAWATAN | NAMA | NOMBOR TELEFON |
PENGERUSI DAN KETUA BIRO PEMBANGUNAN INSAN | Muhammad Ammar bin Md Nor | +201207387591 +201116720525 |
TIMBALAN PENGERUSI | Nur Balqis Athirah binti Mohd Hadir | +201150775935 |
KETUA BIRO AKADEMIK DAN BIRO PENERBITAN & PENERANGAN | Muhammad Daniell Abqhori bin Abdul Malek | +201207595863 |
TIMB. KETUA BIRO PEMBANGUNAN INSAN | Nurul Atiqah binti Mohamad Hatta | +201144499775 |
TIMB. KETUA BIRO PENERBITAN & PENERANGAN | Nazatul Nazifa bin Mohd Zainuddin | +201149207766 |
TIMB. KETUA BIRO AKADEMIK | Syafiqa Nazeha binti Abd Razak | +201151184388 |
Semoga pimpinan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS) sesi 2021/2022 terus bersemangat dalam menggalas amanah yang diberikan oleh Allah. Kami juga berharap agar semua ahli PERUBATAN Cawangan Ain Shams dapat memberikan sokongan dan dorongan yang jitu kepada semua AJKT bagi meneruskan momentum yang berterusan hingga ke pengakhiran. Marilah sama-sama kita mendoakan agar segala gerak kerja yang dilakukan ini memberi manfaat kepada semua pihak bukan sahaja di dunia bahkan juga di akhirat.
Bekerja dengan PERUBATAN, bekerja untuk Islam.
Siiru ‘Ala Barakatillah.
Sekian, terima kasih.
“PCS, Kita Satu Hati”

Muhammad Ammar bin Md Nor,
Pengerusi PERUBATAN Cawangan Ain Shams 2021/2022
komen membina peribadi mulia