السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
(Surah An-Nisa’ :Ayat 58)

Tidaklah Allah mentaklifkan seseorang melainkan atas kemampuan dirinya. Mudah-mudahan peluang yang diperolehi ini menjadi ladang kebajikan untuk bekalan hari akhirat dan menjadi nilai tambah sebagai pengamal sains kesihatan yang rabbani dan kompeten.

Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC) telah pun bermesyuarat dan memutuskan bilangan kerusi AJKT serta senarai nama Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PCS bagi sesi 2021/2022.

1) Bilangan AJKT adalah seramai 6 orang manakala kerusi yang ditetapkan bagi sesi kali ini ialah sebanyak 2 kerusi bagi mahasiswa dan 4 kerusi bagi mahasiswi.

2) Senarai nama bagi Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PCS bagi sesi 2021/2022 adalah seperti berikut :

AJKT IKHWAH

1.Muhammad Ammar bin Md Nor
Tahun 6

2.Muhammad Daniell Abqhori bin Abdul Malek
Tahun 6
(AJKT Kekal)

AJKT SISWI

1.Nur Balqis Athirah binti Mohd Hadir
Tahun 5

2.Nurul Atiqah binti Mohamad Hatta
Tahun 5

3.Syafiqa Nazeha binti Abd Razak
Tahun 6

4.Nazatul Nazifa Mohd Zainuddin
Tahun 5
(AJKT Kekal)

3) Seterusnya, tarikh bantahan berkuatkuasa daripada 30 Disember 2020 sehingga 3 Januari 2021.

Sekian, terima kasih.

“PCS, Kita Satu Hati”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“at-Taqwa, as-Syifa’ , ar-Rahmah”

 


Muhammad Syazwan Fahmi bin Mohd Helmi,
Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC) Ain Shams 2020,
PERUBATAN Cawangan Ain Shams 2020/2021.