KENYATAAN RASMI : Penjawatan Ahli Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan Ain Shams 2020/2021

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam kerana dengan limpah kurniaNya kita masih diberikan nikmat yang paling berharga iaitu nikmat Iman dan Islam. Tidak dilupakan, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Salallahu ‘Alaihi Wasallam.
Firman Allah s.w.t di dalam Surah al-Asr:
Demi masa, Sesungguhnya manusia itu benar-benar di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, nasihat menasihati dalam kebenaran dan nasihat-menasihati dalam kesabaran.
Ayat di atas jelas menunjukkan sekiranya umat Islam meninggalkan kewajipan memberi nasihat sesama umat, tentulah kefasadan dan kesesatan akan merebak dan berleluasa. Oleh kerana itu, nasihat merupakan salah satu senjata paling ampuh dalam menangani kebinasaan ini. Nasihat seharusnya dijulangi supaya yang benar dan hak dapat ditegakkan dan yang salah dan batil dapat dijauhi bersama.
Seperti yang termaktub dalam perlembagaan PERUBATAN , Bab ke-4 , Fasal 30 , Perkara 1 yang berbunyi :
“ Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan dipilih oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan selewat-lewatnya 14 (empat belas) hari selepas Mesyuarat Tahunan Cawangan”
“Patah tumbuh,hilang berganti”
Selari dengan pelantikan Ahli Jawatankuasa Tertinggi PERUBATAN (AJKT) sesi 2020/2021 maka, pada mesyuarat pertama Ahli Jawatankuasa Tertinggi PERUBATAN Cawangan Ain Shams telah bersetuju melantik seramai 6 orang Ahli Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan.
Berikut adalah senarai nama Ahli Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan Ain Shams sesi 2019/2020: –
Ahli Lembaga Penasihat Siswa
1. | Abdul Wadud bin Abdul Halim (Ketua Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan) | +201144531852 +60194315540 |
2. | Muhammad Syazwan Fahmi bin Mohd Helmi | +201208513099 +60194819010 |
Ahli Lembaga Penasihat Siswi
1. | Nur Atiqah binti Harizan (Timbalan Ketua Lembaga Penasihat PERUBATA Cawangan) | +201140641444 +60196459874 |
2. | Nur Atiqah binti Mohd Hapizi | +201207504081 +601133550128 |
3. | Nurul Atiqah binti Mohamad Hatta | +201144499775 |
4. | Syafiqa Nazeha binti Abd Razak | +201151184388 |
انْفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۚذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
‘Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan mahupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.’ (at-Taubah:41)
‘Sesungguhnya Allah menyukai jika seseorang melakukan sesuatu pekerjaan secara itqan dan bersungguh-sungguh.’ (HR Bukhari)
Semoga dengan perlantikan Lembaga penasihat PERUBATAN Cawangan sesi 2020/ 2021 dapat membantu Ahli Jawatankuasa Tertinggi PERUBATAN dalam menjalankan gerak kerja dengan lebih lancar dan lebih bersemangat mengemudi bahtera PERUBATAN dalam mencapai redha Allah. Justeru itu kerjasama yang jitu daripada seluruh ahli amatlah diharapkan agar segala perancangan dapat dilaksanakan sebaiknya. Berlayarlah PERUBATAN. Kita bekerja dengan PERUBATAN , kita bekerja untuk Islam.
“PCS, Kita Satu Hati”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”
#PERUBATANKelasPertama
#KitaKeluargaPERUBATAN

MUHAMMAD AMMAR BIN MD NOR
Pengerusi, PERUBATAN Cawangan Ain Shams 2020/2021.
komen membina peribadi mulia