بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam kerana dengan limpah kurnia-Nya kita masih diberikan nikmat yang paling berharga iaitu nikmat Iman dan Islam. Tidak dilupakan, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Salallahu ‘Alaihi Wasallam.

Patah tumbuh hilang berganti. Dengan perletakan jawatan pimpinan sesi 2019/2020 dalam Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) PERUBATAN Cawangan Ain Shams kali ke-7 pada 14 Februari lalu, maka, telah rasmilah kenaikan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS) bagi sesi 2020/2021.

Merujuk kepada Perlembagaan PERUBATAN bab ke-4, fasal 28, Nombor 1(c), iaitu : 1 (c) Pembahagian jawatan-jawatan dalam kalangan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan akan ditentukan oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan dalam mesyuarat pertama selepas Mesyuarat Tahunan Cawangan kecuali jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi.

Jawatan-jawatan bagi Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Ain Shams 2020/2021 adalah seperti yang berikut:

AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI (AJKT):

JAWATANNAMA    NOMBOR TELEFON  
PENGERUSI DAN KETUA JABATAN SETIAUSAHAMuhammad Ammar bin Md Nor+201207387591
TIMBALAN PENGERUSI DAN TIMB KETUA JABATAN SETIAUSAHAAinun Nabila binti Mohd Ridzuan     +201274235281
NAIB PENGERUSI 1, KETUA JABATAN BENDAHARI DAN BIRO EKONOMI, BIRO AKADEMIK DAN BIRO KEBAJIKANMuhammad Daniell Abqhori bin Abdul Malek +201207595863    
NAIB PENGERUSI 2, TIMB KETUA JABATAN BENDAHARI DAN BIRO EKONOMI, BIRO SUKAN DAN AKTIVITI LUARNur Balqis Athirah binti Mohd Hadir       +201150775935
KETUA BIRO PEMBANGUNAN INSAN DAN BIRO PENERBITAN & PENERANGAN, BIRO PERUMAHAN, BIRO SUKAN DAN AKTIVITI LUAR Syamir bin Sharizan+201147793858
TIMB. KETUA BIRO PEMBANGUNAN INSAN DAN BIRO PENERBITAN & PENERANGANNazatul Nazifa bin Mohd Zainuddin+201149207766
TIMB. KETUA BIRO AKADEMIK DAN BIRO KEBAJIKAN, BIRO PERUMAHANQurratul Ain Nabilah binti Abdul Ghani+201159216725

Semoga pimpinan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS) sesi 2020/2021 terus bersemangat dalam menggalas amanah yang diberikan oleh Allah. Kami juga berharap agar semua ahli PERUBATAN Cawangan Ain Shams dapat memberikan sokongan dan dorongan yang jitu kepada semua AJKT bagi meneruskan momentum yang berterusan hingga ke pengakhiran. Marilah sama-sama kita mendoakan agar segala gerak kerja yang dilakukan ini memberi manfaat kepada semua pihak bukan sahaja di dunia bahkan juga di akhirat.

Bekerja dengan PERUBATAN, bekerja untuk Islam.

Siiru ‘Ala Barakatillah.

Sekian, terima kasih.

“PCS, Kita Satu Hati”

Muhammad Ammar bin Md Nor,

Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS) 2020/2021.