بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, dan kepada sekalian umat Islam yang sentiasa dirahmati Allah SWT.
Firman Allah SWT:

“Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (hal-hal keduniaan) itu, kemudian apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi golongan-golongan yang bertawakal kepadaNya”
(Surah Ali Imran: Ayat 159)

[Bab Ke-4, Fasal 25, Perkara 2 (a) : Mesyuarat Tahunan Cawangan]
Notis:
Notis mengenai tarikh yang telah ditetapkan untuk Mesyuarat Tahunan Cawangan hendaklah dimaklumkan oleh Setiausaha PERUBATAN Cawangan kepada ahli sekurang-kurangnya 14 (empat belas) hari sebelum tarikh diadakan mesyuarat.

Merujuk kepada Perlembagaan PERUBATAN [Fasal 25] seperti yang tertera di atas, sukacita dimaklumkan bahawa PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS) 2019/2020 akan mengadakan Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) Kali Ketujuh seperti berikut:

Tarikh : 14 Februari 2020 (Jumaat)
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Teratak Ulul Albab (TUA)

Mesyuarat Tahunan Cawangan menandakan berakhirnya sesi PERUBATAN Cawangan Ain Shams 2019/2020 dan juga merupakan acara yang diperuntukkan dalam perlembagan PERUBATAN Bab Keempat Fasal 25. Memetik Fasal tersebut pada perkara ketujuh, agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:

Mengesahkan Minit Mesyuarat Tahunan Cawangan bagi tahun sebelumnya.
• Membentangkan laporan tahunan PERUBATAN Cawangan.
• Membentang dan mengesahkan Penyata Akaun Tahunan PERUBATAN Cawangan.
• Membahas dan meluluskan usul.
• Membincangkan perkara yang berkaitan dengan ahli dan kemajuan PERUBATAN Cawangan.
• Melantik 4 (empat) orang Pemeriksa Kira-kira (Juruaudit)
• Membincangkan perkara-perkara lain yang difikirkan sesuai oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan.


Semua ahli PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS) dijemput untuk mendaftarkan diri sebagai perwakilan dan juga menghantar usul cadangan untuk dibahaskan dalam Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) Kali Ketujuh ini. Kami berharap ahli bersedia dengan membaca perlembagaan, membincangkan muhasabah PCS serta cakna terhadap tarikh-tarikh penting beserta makluman yang akan kami salurkan dari semasa ke semasa.

Pendaftaran kini dibuka buat seluruh ahli untuk menjadi sebahagian daripada perwakilan dan pemerhati dalam Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC). Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian melalui pautan di bawah:

https://tinyurl.com/pendaftaranMTC7

Pendaftaran dibuka dari 22 JANUARI 2020 sehingga 10 FEBRUARI 2020.

Semoga segala hasil dan kata sepakat yang diperoleh dalam Mesyuarat Tahunan Cawangan ini mendapat keberkatan dan besarlah harapan agar MTC Kali Ketujuh ini dipayungi rahmat dan dapat pula kita sebarkan rahmat ini ke serata dunia, InsyaAllah.

Siiru ‘ala barakatillah.
Sekian, terima kasih.

“Profesional, Berintegriti, Bersistematik”

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

Muhammad Ammar bin Md Nor

Ketua Jabatan Setiausaha

PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS)

Sesi 2019/2020

Nurul Ain binti Md Saufi

Timbalan Keua Jabatan Setiausaha

PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS)

Sesi 2019/2020