السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Firman Allah s.w.t:

يَا دَاوُودُ إِنَّا جَعَلْنَاكَ خَلِيفَةً فِي الْأَرْضِ فَاحْكُمْ بَيْنَ النَّاسِ بِالْحَقِّ وَلَا تَتَّبِعِ الْهَوَىٰ فَيُضِلَّكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ ۚ إِنَّ الَّذِينَ يَضِلُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ بِمَا نَسُوا يَوْمَ الْحِسَابِ

Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu. (Surah As-Sad : 26)

فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ ۖ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ

Dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. (Surah Ali Imran: 159)

Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC) telah pun bermesyuarat dan memutuskan beberapa nama untuk dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) bagi sesi 2020/2021.

Berikut adalah senarai nama calon AJKT Fasa I :

AJKT IKHWAH :

Muhammad Ammar bin Md Nor Tahun 5

AJKT AKHAWAT :

Nazatul Nazifa Mohd Zainuddin Tahun 4

Qurratul ‘Ain Nabilah binti Abd Ghani Tahun 4

Sejajar pengumuman ini, maka tempoh bantahan akan bermula pada hari ini, 28/11/2019 sehingga 30/11/2019. Sebarang bantahan boleh dikemukakan kepada kepada Pengerusi MMPC, Luqman Hakim bin Badrul Hisam dan Timbalan Pengerusi MMPC, Nurul Atiqah binti Mohamad Hatta.

Berikut disertakan nama AJKT kekal untuk sesi hadapan:

Syamir bin Sharizan- Tahun 4

Muhammad Daniell Abqhori bin Abdul Malek- Tahun 5

Nur Balqis Athirah binti Mohd Hadir- Tahun 4

Ainun Nabila binti Mohd Ridzuan- Tahun 5

Pihak kami bersedia untuk menerima sebarang cadangan atau komentar daripada semua ahli agar proses MMPC ini berjalan dengan lebih lancar. Wa Allahu ta’ala a’lam.

Sekian, terima kasih.

“PCS, Kita Satu Hati”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“at-Taqwa, as-Syifa’ , ar-Rahmah”

Luqman Hakim bin Badrul Hisam,

Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC) Ain Shams 2019,

PERUBATAN Cawangan Ain Shams 2019/2020