بسم الله الرحمن الرحيم اللهم صل على محمد وعلى آله محمد السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, segala puji dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas segala nikmat-Nya. Dua nikmat terbesar yang mustahil untuk kita menafikannya; iman dan Islam yang menjadi pegangan kita hingga akhir hayat. Semoga Allah terus menurunkan hidayah-Nya kepada kita semua.

Pihak penasihat sentiasa cakna dan terus komited dalam mengambil berat akan gerak kerja dan kebajikan AJKT PERUBATAN Cawangan Ain Shams. Pada 29 Julai 2019 kami Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan Ain Shams telah pun menerima satu surat perletakan jawatan. AJKT PERUBATAN Cawangan Ain Shams tersebut adalah:

1) Mohamad Izzat bin Mohamed Nasir (Ketua Jabatan Setiausaha dan Biro Penerbitan dan Penerangan )

Oleh yang demikian, dengan merujuk perlembagaan PERUBATAN, bab ke-4, fasal 28, nombor 3 (a) dan (b) pindaan 2012, kekosongan jawatan dalam PERUBATAN hendaklah dipangku oleh mana-mana Majlis Tertinggi PERUBATAN/Ahli Jawatankuasa Tertinggi melalui mesyuarat serta dipersetujui oleh semua ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN/Ahli Jawatankuasa Tertinggi.

Maka secara rasminya jawatan Ketua Jabatan Setiausaha dan Biro Penerbitan dan Penerangan PCS bakal dipangku oleh Pengerusi Perubatan Cawangan Ain Shams seperti yang berikut:

1) Ketua Jabatan Setiausaha dan Biro Penerbitan dan Penerangan dipangku oleh Muhammad Ammar bin Md Nor.

Di kesempatan ini, pihak PCS mengucapkan jutaan terima kasih atas segala pengorbanan dan jasa yang dicurahkan oleh beliau. Semoga usaha murni beliau dalam menggerakkan persatuan selama ini dapat diteruskan lagi di medan lain.

Oleh itu, sebarang permasalahan yang memerlukan keputusan segera berkaitan dengan biro yang berkenaan, bolehlah berhubung terus dengan pemangku yang dilantik. Seterusnya pihak PCS memohon maaf atas sebarang kesulitan dan terima kash atas segala kerjasama yang telah diberikan.

Sekian. Wasalam.

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“at-Taqwa,as-Syifa’,ar-Rahmah

Muhammad Rafiq bin Rosidi

Ketua Lembaga Penasihat

PERUBATAN Cawangan Ain Shams 2019/2020