السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

وَالَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِرَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَمْرُهُمْ شُورَىٰ بَيْنَهُمْ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ

“Maksudnya: Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya.”

(Surah as-Syura: 38)

Ayat ini memberi penjelasan berkenaan sifat-sifat manusia yang beriman di dalam al-Quran. Mereka mendirikan solat, bermesyuarat serta mendermakan hartanya pada jalan Allah. Maka, ayat ini jelas menyatakan bahawa mesyuarat merupakan satu ibadah yang dituntut dalam Islam. Bahkan, banyak lagi ayat-ayat al-Quran lain yang menceritakan berkenaan konsep bermesyuarat.

Dr. Muhammad Abdullah Khatib mentakrifkan syura di dalam kitab Syura Fil Islam,syura ialah suatu bentuk kerjasama dalam bertukar fikiran dan pandangan terhadap perkara-perkara yang melibatkan maslahat muslimin berdasarkan kaedah yang sesuai dalam mencari titik permuafakatan dan kebenaran serta ketaatan kepada Allah SWT.

Jika kita merungkai sejarah Islam, sistem mesyuarat ini seringkali digunakan sewaktu pemerintahan Rasulullah SAW. Sebagai contoh dalam kisah peperangan Uhud, meskipun pelbagai perbezaan pendapat oleh para sahabat sewaktu bermesyuarat sebelum turun ke medan, namun akhirnya kata putus tercapai hasil daripada perbincangan dan persepakatan di dalam mesyuarat.

Pengenalan Sistem Mesyuarat

Untuk sesi kali ini,Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawagan (MMPC) yang baru sahaja ditubuhkan ini akan dijadikan sebagai satu medan perbincangan bagi membincangkan nama-nama AJKT sesi hadapan. Perbincangan ini akan dilakukan secara berhikmah oleh ahli-ahli MMPC yang dilantik.

MMPC juga akan bergerak mengikut fasa sama seperti jalur masa dan fasa pilihan raya di cawangan lain. Berikut merupakan tarikh-tarikh penting untuk perjalanan MMPC kali ini:

 

Tarikh Perkara
19 November 2018 Senarai Nama  AJKT Fasa I
19 November-2 Disember 2018 Tempoh Bantahan
2 Disember 2018 Pengumuman Keputusan MMPC

Semoga perbincangan yang dilakukan mendatangkan kebaikan kepada kita semua,sebarang cadangan penambahbaikan amatlah dialu-alukan. Sekian, terima kasih.

 

“PCS, Kita Satu Hati”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

 

 

Luqman Hakim bin Badrul Hisam,

Pengerusi Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC),

PERUBATAN Cawangan Ain Shams 2018/2019.