بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji bagi Allah SWT yang masih memberikan peluang kepada kita sehingga ke hari ini untuk terus hidup dalam nikmat iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, yang telah menggadaikan seluruh hidupnya untuk Islam yang sedang kita nikmati pada hari ini.

 

Manusia yang hidup dalam satu komuniti tidak akan menolak kepentingan wujudnya institusi kepimpinan  yang mengurus dan mentadbir hal ehwal mereka dengan baik dan berhemah. Kedatangan Islam telah memberi nilai tambah kepada hajat manusia ini melalui seruan Allah dalam beberapa ayat al-Quran. Antara firmanNya yang bermaksud:

 

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.”

(Surah an-Nisa, ayat 58)

 

Malah, pada hari kewafatan Baginda SAW, para sahabat berbincang di Saqifah Bani Sa’idah untuk memilih pemimpin dalam kalangan mereka bagi menggantikan kepimpinan Rasulullah SAW. Mungkin ada yang menyatakan, sepatutnya para sahabat boleh menangguhkan dahulu perbincangan melantik pemimpin bagi menumpukan urusan jenazah dan pengebumian Rasulullah SAW. Namun, kisah ini telah membuktikan bahawa tindakan para sahabat tidak salah kerana mengutamakan urusan kepimpinan yang menjadi fardu ain ke atas umat Islam berbanding urusan jenazah yang merupakan fardu kifayah.

 

Dengan merujuk perkara yang telah termaktub di dalam Perlembagaan PERUBATAN pada Bab Keempat; PERUBATAN CAWANGAN; dalam Fasal 28: Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan; Perkara 1 (d);

 

Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan perlu bermesyuarat pada akhir sesi pentadbiran untuk menetapkan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lelaki dan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) wanita untuk dikekalkan sebagai Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan sesi seterusnya.

 

AJKT yang dikekalkan secara automatik tidak boleh dicalonkan di dalam MMPC. Ini merujuk kepada petikan perlembagaan pada bab yang sama; Fasal 27: Pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan; Perkara 2 (b);

 

Berdasarkan Fasal 28 Perkara 1 (d), seramai 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan lelaki dan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan wanita yang telah dikekalkan untuk sesi pentadbiran seterusnya, adalah secara automatik terkeluar daripada proses pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan.

 

Oleh yang demikian, setelah perbincangan lumat dan teliti diadakan, barisan AJKT PERUBATAN Cawangan Ain Shams sesi 2018/2019 telah memutuskan 4 orang AJKT yang akan dikekalkan ke sesi 2019/2020 ialah:

 

 

SISWA

  • Abdul Wadud bin Abdul Halim- Tahun 4

  • Mohamad Izzat bin Mohamed Nasir- Tahun 3

 

SISWI

  • Nur Atiqah binti Harizan- Tahun 4

 

 

 

 

 

 

  • Nur ‘Adilah binti Md Noh- Tahun 3

 

 

 

 

 

Semoga AJKT yang telah dipilih diberi kekuatan dan pertolongan daripada Allah SWT serta dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat. Hakikatnya jawatan ini bukanlah satu kemuliaan tetapi merupakan satu tanggungjawab dan amanah dalam menyebarkan kefahaman Islam kepada ahli-ahli yang lain.

 

Besar harapan kami agar seluruh ahli PCS memberikan sokongan penuh kepada mereka termasuklah bakal pimpinan PCS yang akan datang yang akan dipilih di bawah kuasa Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC).

 

Sesungguhnya memilih pimpinan merupakan tanggungjawab kita semua.

 

Sekian, terima kasih.

 

“PCS, Kita Satu Hati”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh sehati”

 

#PCSArasTinggi

#PERUBATANKelasPertama

#MemimpinGelombangIslah

 

(RAZAILI BIN RAZAK)

Pengerusi PERUBATAN Cawangan Ain Shams,

2018/2019.