بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam atas segala nikmat yang telah dikurniakan kepada kita terutamanya dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW kerana atas usaha baginda dan para sahabat, sehingga hari ini kita masih diberi peluang menikmati keindahan Islam.

Saban tahun, menjadi rutin mahasiswa Malaysia memperbaharui visa bagi memastikan pengesahan kependudukan mereka di Mesir. Beberapa makluman penting daripada Biro Kebajikan mengenai kenaikan visa yang meningkat naik secara mendadak disebabkan beberapa faktor.

Berikut kami sertakan butiran bagi harga bayaran visa yang baharu.

Permohonan pembaharuan visa

Harga lama : LE533.10

Harga baharu : LE1105 (Tahrir)
: LE1200 (Hadaek al-Qobah)

Buat pengetahuan semua, kenaikan harga visa ini telah berkuat kuasa bermula pada 1 Julai 2018. Oleh itu, kami berharap mahasiswa di Universiti Ain Shams khususnya peka akan sebarang perubahan sistem dan harga visa serta segera memperbaharui visa sekiranya sudah menghampiri tarikh luput visa tersebut.

Bagi mahasiswa yang memerlukan bantuan kewangan, Tabung Kasih Sayang ada disediakan untuk sebarang pinjaman mahupun sumbangan. Untuk pertanyaan mahupun permohonan, sila hubungi wakil UCARE setiap batch atau Biro Kebajikan (BCARE) :

Muhammad Izzat bin Muhamad Nasir
+201065491071

Nurul Ain binti Md Saufi
+201150778684

Sekian, terima kasih

PCS, Kita Satu Hati

#PCSArasTinggi
#MemimpinGelombangISLAH

 

 

 

“Together We Unite to Serve Our Community”

MUHAMMAD IZZAT BIN MUHAMAD NASIR,
Ketua Biro Kebajikan (BCARE),
PERUBATAN Cawangan Ain Shams 2018/2019.