perubatan-color

Alhamdulillah, segala puji dan syukur bagi Allah, Tuhan semesta alam atas segala nikmat kurniaan-Nya yang diberikan kepada kita. Selawat dan salam ke atas junjungan baginda Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabat dengan berkat perjuangan mereka, dapat kita merasai nikmat islam sehingga ke hari ini.

Sedarkah kita dalam menjadi mahasiswa di bumi Mesir, masa pantas meninggalkan kita. Dalam kesibukan kita menghadiri kuliah, mengikuti program-program PERUBATAN dan melakukan hal-hal persendirian, kini tiba masanya mahasiswa mahasiswi Sains Kesihatan menempuh peperiksaan akhir tahun yang bakal berlangsung bagi pelajar tahun 1 hingga tahun 4 tidak lama lagi.

Sehubungan dengan itu, PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS) ingin memberi laluan sepenuhnya kepada ahli-ahli PCS untuk membuat persediaan yang serapinya dengan menghentikan seketika beberapa program dan pergerakan PERUBATAN sehingga selesai peperiksaan kesemuanya. Program dan pergerakan PERUBATAN Cawangan Ain Shams akan ditangguhkan bermula 26 April 2018 sehingga 3 Julai 2018.

Untuk pengetahuan semua, di peringkat PERUBATAN turut memutuskan beberapa bentuk program yang boleh dilaksanakan mengikut kesesuaian program dan keadaan semasa. Antaranya ialah:

1) Program berbentuk kecemerlangan akademik yang melibatkan sasaran yang kecil (termasuk EFC).

2) Pembawaan Smart Circle yang tidak memberi fokus kepada silibus.
3) Aktiviti semasa seperti solat jenazah, solat hajat dan kutipan derma kilat yang melibatkan kebajikan ahli.
4) Aktiviti-aktiviti berkala yang berskala kecil (termasuk mesyuarat).
5) Program/aktiviti sepanjang fasa IHRAM sempena menyambut bulan Ramadan.

 

Besar harapan kami di peringkat pimpinan supaya kita semua dapat mempersiapkan diri dan bantu- membantu antara satu sama lain dalam menyusun strategi bagi menghadapi peperiksaan yang bakal kunjung tiba. Berusahalah bersungguh-sungguh tanpa mengambil kira apa natijahnya. Kerana yang dinilai Allah bukanlah hasil semata, tetapi apakah usaha yang dilakukan dalam mengejar cita-cita.
Akhir kata, sunnatullah orang yang berusaha akan berjaya, tetapi akidah yang perlu kita semat adalah segala kejayaan itu datang dari Allah. Selamat maju jaya kepada semua. Semoga kejayaan yang diraih dapat dimanfaatkan untuk Islam.

 

daniel kr

Muhammad Daniell Abqhori bin Abdul Malek,

Naib Pengerusi 1,

PERUBATAN Cawangan Ain Shams 2018/2019.