perubatan-color

 

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan yang tidak terhingga ini, dapat kita meneruskan kehidupan sebagai khalifah di bumi Allah ini. Selawat dan salam ke atas rasul junjungan, Nabi Muhammad SAW atas berkat perjuangan baginda, kita dapat menikmati dua nikmat terbesar, iman dan Islam.

Merujuk fasal 28 perkara 3 (b) dalam perlembagaan PERUBATAN, berkaitan Kekosongan Jawatan:

 

“Jika terdapat Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang meninggal dunia atau meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatan atau tidak dapat bertugas atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kekosongan tersebut perlu dipangku oleh mana-mana Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lain untuk satu tempoh tertentu dan kemudiannya ditentukan oleh Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) berdasarkan etika. Kekosongan jawatan Pengerusi hanya boleh dipangku oleh Naib Pengerusi I.”

 

Sehubungan dengan itu adalah dimaklumkan bahawa, Naib Pengerusi 2 PERUBATAN Cawangan Ain Shams 2018/2019, saudari Nurhidayah binti Abdul Wahid, akan pulang ke Malaysia buat sementara waktu atas beberapa urusan di Malaysia. Justeru, pemangkuan jawatan akan disandang oleh Timbalan Pengerusi PCS 2018/2019, saudari Nur Atiqah binti Mohd Hapizi.

 

Antara bidang tugas pemangku adalah seperti berikut:

• Memangku bidang tugas jawatan yang berkenaan untuk tempoh yang telah ditetapkan.

• Menghadiri mesyuarat jabatan/biro yang berkenaan.

• Terlibat dalam pelaksanaan program yang telah dirancang oleh jabatan/biro yang berkenaan

 

Pemangkuan ini akan bermula daripada 27 April 2018 sehingga 26 Mei 2018. Sebarang urusan dan permasalahan, bolehlah merujuk pemangku yang dilantik di Mesir atau berhubung terus dengan pemegang asal jawatan di Malaysia.

 

Sekian, terima kasih.

jai kr

Razaili bin Razak,

Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan Ain Shams 18/19.