AIN SUKHNA, 25 APRIL 2018 – Acara Ain Shams Family Day 2018 (ASFaD ’18) sedikit tergendala disebabkan cuaca yang agak buruk pada sebelah petang. Kejadian hujan lebat bercampur ais itu telah berlaku seusai ahli menunaikan solat fardu Zuhur kira-kira jam 12.30 tengah hari. Namun begitu, tiga acara utama telah pun berjaya dilaksanakan pada sebelah pagi sebelum semuanya berhenti rehat. Hanya tinggal dua lagi acara iaitu ‘Treasure Hunt’ dan juga tarik tali yang tidak sempat dijalankan untuk siswa, tetapi sempat dijalankan untuk siswi.

IMG-20180427-WA0009

Pengarah ASFaD ’18, Affan bin Nasir dalam ulasannya menjelaskan bahawa isu cuaca ini adalah sesuatu yang berada di luar kemampuan pihak ahli jawatankuasa program (AJKP) untuk mengendalikannya. “Kita hanya mampu berdoa dan bertawakal sahaja, pasti ada hikmah yang tidak kita ketahui”.

IMG-20180427-WA0007

Namun begitu, bagi ahli PCS pula, isu cuaca ini bukanlah sesuatu yang menghalang mereka dari merasai kehangatan program mega yang diadakan hanya sekali dalam setahun ini. “Alhamdulillah, terima kasih kepada AJKP ASFaD. Secara jujurnya, saya rasa gembira kerana menyertai ASFaD. Acara-acara yang kami main, makanan yang dihidangkan, kejadian hujan batu, mandi laut semasa hujan, semuanya adalah kenangan manis bagi saya. Kesimpulannya, saya dapat berkenalan bersama ‘junior-junior’, meringankan stres peperiksaan dan yang paling penting ‘enjoy’!”, demikian respon Anis Nurhani binti Baharin, kapten Kumpulan Flotilla yang juga merupakan mahasiswi Tahun Enam Universiti Ain Shams apabila ditemuramah mengenai pengalaman ASFaD di tahun terakhir pengajiannya.

 

IMG-20180427-WA0014

 

“Bohong kalau saya cakap yang saya langsung tidak kecewa dengan kekangan ini, tetapi apakan daya kita untuk menolak takdir. Kita hanya mampu merancang, tetapi secara keseluruhannya AJKP ASFaD telah membuat sehabis baik. Walaupun tidak semua permainan dapat dijalankan, kami masih lagi dapat menikmati acara tahunan ini. Syabas diucapkan kepada penggerak ASFaD”. Begitu pula komen Muhammad ‘Abqori bin Azmi, mahasiswa Tahun Tiga Universiti Ain Shams.

IMG-20180427-WA0008IMG-20180427-WA0010

 

Menyentuh mengenai objektif ASFaD pula, pengarah dalam ucapannya merafakkan kesyukuran kerana tiga objektif utama yang ingin dibawa dalam program ASFaD kali ini tercapai walaupun dengan kekangan yang ada. Objektif kesatuan dan penerapan nilai islam dalam kalangan ahli merupakan fokus utama sepanjang program kali ini.

IMG-20180427-WA0017

 

IMG-20180427-WA0016

“Walau bagaimanapun, bagi pihak pengarah dan AJKP sendiri sangat-sangat bersyukur kerana ASFaD pada kali ini berjaya dilaksanakan di Ain Sukhna mengikut permintaan ahli PCS serta mengambil kira muhasabah program daripada sesi lepas supaya diadakan ASFaD di luar Kaherah. Cuma untuk isu cuaca ini memang pihak AJKP tidak mampu membuat apa-apa. Segalanya pasti yang terbaik mengikut ketentuan-Nya”. Demikian ucapan ringkas pengarah ASFaD kali ini sebagai penutup sesi

IMG-20180427-WA0015

 

temuramah bersama Krew mediaPERUBATAN.

 

Oleh: Muhammad Affan bin Roshidi