perubatan-color

 

[Kenyataan Rasmi: Pembayaran Yuran Tahunan Universiti]

 

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji dan syukur kita panjatkan ke hadrat Ilahi kerana masih diberi peluang menikmati nikmat iman dan Islam. Selawat dan salam buat junjungan besar, baginda Nabi Muhammad SAW, keluarga dan juga sahabat-sahabat baginda. Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan rahmatNya, dan sentiasa memperoleh petunjukNya dalam setiap urusan.

 

Sabda Rasulullah;

طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ

” Menuntut ilmu merupakan kewajiban bagi setiap muslim” [ H.R. Ibnu Majah ]

Hadis ini jelas menunjukkan bahawa menuntut ilmu itu suatu perkara yang amat penting dan dituntut dalam agama Islam. Sebagai mahasiswa sains kesihatan di bumi anbiya ini , kita perlulah berada di barisan pertama dalam  menyahut seruan Baginda ini. Tidak dinafikan banyak dugaan yang kita tempuhi, namun harus diingatkan, ujian inilah yang mematangkan akal dan mencelikkan hati bagi terus berbakti di bumi Ilahi yang kita diami ini.

Pada 1 Mac yang lalu, suatu pertemuan antara Prof. Dr. Ashraf Omar, Timbalan Dekan Fakulti Perubatan, Universiti Ain Shams  dengan pihak PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS)  yang diketuai oleh saudara Pengerusi, Razaili bin Razak telah diadakan. Rentetan daripada pertemuan tersebut, pihak Biro Akademik ingin memaklumkan bahawa tarikh akhir  pembayaran yuran universiti telah dianjak ke tarikh yang baharu iaitu daripada 1 Mac 2018 ke 1 April 2018. Diharapkan semua mahasiswa dan mahasiswi Universiti Ain Shams cakna terhadap perubahan tarikh yang berlaku.

Justeru itu, PCS menyeru dan menggesa kepada semua pelajar  yang belum melakukan pembayaran yuran untuk segera membuat pembayaran yuran bagi membolehkan kalian menduduki peperiksaan akhir semester pada tahun ini. PCS juga menekankan aspek kehadiran pelajar-pelajar ke kuliah bagi melahirkan pengamal perubatan yang kompeten dan amanah daripada Universiti Ain Shams.

Bagi pelajar yang mempunyai masalah untuk membayar yuran pada sesi ini, sila maklumkan kepada unit akademik (UCAD) setiap batch sekiranya belum, atau terus berhubung dengan Biro Akademik (BCAD) PCS sesi 2018/2019:

Abdul Wadud bin Abdul Halim- +201207451528

Nur ‘Adilah binti Md Noh- +201288316442

PCS akan berusaha sedaya termampu untuk membantu kalian. Namun begitu, ingin ditegaskan bahawa pelajar yang terlibat juga perlu berusaha terlebih dahulu menyelesaikan permasalahan ini dengan memaklumkan perubahan ini kepada pihak  penaja/bantuan pinjaman  atau badan zakat negeri yang berkenaan.  Jika terdapat sebarang kesulitan sila hubungi Biro Akademik seperti yang tertera di atas.

Siruu `Ala Barakatillah.

“PCS, Kita Satu Hati”

#PCSArasTinggi

 

 

wadud kr 3

 

Abdul Wadud bin Abdul Halim,

Ketua Biro Akademik (BCAD),

PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS) 2018/2019