[KENYATAAN RASMI | NOTIS 1: PANGGILAN KE MESYUARAT TAHUNAN CAWANGAN (MTC) PERUBATAN CAWANGAN AIN SHAMS KALI KE-5]

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, dan kepada sekalian umat Islam yang sentiasa dirahmati Allah SWT.
Firman Allah SWT:

“Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (hal-hal keduniaan) itu, kemudian apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi golongan-golongan yang bertawakal kepadaNya”
(Surah Ali Imran: Ayat 159)

[Bab Ke-4, Fasal 25, Perkara 2 (a) : Mesyuarat Tahunan Cawangan]

2. Notis:

Notis mengenai tarikh yang telah ditetapkan untuk Mesyuarat Tahunan Cawangan hendaklah dimaklumkan oleh Setiausaha PERUBATAN Cawangan kepada ahli sekurang-kurangnya 14 (empat belas) hari sebelum tarikh diadakan mesyuarat.

Merujuk kepada Perlembagaan PERUBATAN [Fasal 25] seperti yang tertera di atas, sukacita dimaklumkan bahawa PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS) 2017/2018 akan mengadakan Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) Kali Kelima seperti berikut:

Tarikh : 16 Februari 2018 (Jumaat)
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Dewan V1, Fakulti Perubatan Universiti Ain Shams

Mesyuarat Tahunan Cawangan menandakan berakhirnya sesi PERUBATAN Cawangan Ain Shams 2017/2018 dan juga merupakan acara yang diperuntukkan dalam perlembagan PERUBATAN Bab Keempat Fasal 25. Memetik Fasal tersebut pada perkara ketujuh, agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:

• Mengesahkan Minit Mesyuarat Tahunan Cawangan bagi tahun sebelumnya.
• Membentangkan laporan tahunan PERUBATAN Cawangan.
• Membentang dan mengesahkan Penyata Akaun Tahunan PERUBATAN Cawangan.
• Membahas dan meluluskan usul.
• Membincangkan perkara yang berkaitan dengan ahli dan kemajuan PERUBATAN Cawangan.
• Melantik 4 (empat) orang Pemeriksa Kira-kira (Juruaudit)
• Membincangkan perkara-perkara lain yang difikirkan sesuai oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan.

Semua ahli PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS) dijemput untuk mendaftarkan diri sebagai perwakilan dan juga menghantar usul cadangan untuk dibahaskan dalam Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) Kali Kelima ini. Kami berharap ahli bersedia dengan membaca perlembagaan, membincangkan muhasabah PCS serta cakna terhadap tarikh-tarikh penting beserta makluman yang akan kami salurkan dari semasa ke semasa.

Pendaftaran kini dibuka buat seluruh ahli untuk menjadi sebahagian daripada perwakilan dan pemerhati dalam Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC). Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian melalui pautan di bawah:

https://tinyurl.com/pendaftaranMTC

Pendaftaran dibuka dari 26 JANUARI 2018 sehingga 9 FEBRUARI 2018 dan yuran pendaftaran adalah sebanyak 20 Le.

Berikut merupakan pautan surat jemputan rasmi kepada semua ahli PCS untuk menghadiri MTC pada tahun ini:

https://drive.google.com/file/d/1tAd1f8cnU2K4hlXcR6IeKYvU85O1c13I/view?usp=drivesdk

Semoga segala hasil dan kata sepakat yang diperoleh dalam Mesyuarat Tahunan Cawangan ini mendapat keberkatan dan besarlah harapan agar MTC Kali Kelima ini dipayungi rahmat dan dapat pula kita sebarkan rahmat ini ke serata dunia, InsyaAllah.

Seeru’ ala barakatillah.
Sekian, terima kasih.

“Profesional, Berintegriti, Bersistematik”

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

 

IMG_20180125_225736

Razaili bin Razak,
Ketua Jabatan Setiausaha,
PERUBATAN Cawangan Ain Shams 2017/2018.

Wan Nur Izzati binti Wan Mohd Izzuddin,
Timbalan Katua Jabatan Setiausaha,
PERUBATAN Cawangan Ain Shams 2017/2018.