[FAQ MTC: 10 soalan lazim MTC]

1. Apakah itu MTC?

MTC merupakan singkatan bagi MESYUARAT TAHUNAN CAWANGAN. MTC bagi PERUBATAN Cawangan Ain Shams(PCS) Sesi 2017/2018 pada kali ini merupakan MTC Kali Ke-5.

2. Adakah mesyuarat ini sah di sisi Perlembagaan PERUBATAN?

Ya, berdasarkan Fasal 25 Perkara 1:

Mesyuarat Tahunan Cawangan hendaklah diadakan selewat-lewatnya 21 (dua puluh satu) hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan PERUBATAN pada tarikh, masa dan di tempat yang akan ditetapkan oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan.

3. Apakah yang bakal dibincangkan dalam MTC?

Berpandukan Perlembagaan PERUBATAN Fasal 25 Perkara 7, Agenda MTC adalah untuk:

-Mengesahkan minit Mesyuarat Tahunan Cawangan bagi tahun sebelumnya.
-Membentangkan laporan tahunan PERUBATAN Cawangan.
Membentang dan mengesahkan Penyata Akaun Tahunan PERUBATAN Cawangan.
-Membahas dan meluluskan usul.
-Membincangkan perkara yang berkaitan dengan ahli dan kemajuan PERUBATAN Cawangan.
-Melantik 4 (empat) orang Pemeriksa Kira-kira (Juruaudit).
-Membincangkan perkara-perkara lain yang difikirkan sesuai oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan.

4. Apakah beza MTC dengan MAT?

MTC adalah seperti yang dinyatakan di atas. Namun begitu MAT adalah MESYUARAT AGUNG TAHUNAN yang diadakan pada setiap akhir sesi pentadbiran PERUBATAN di peringkat pusat yang menaungi kesemua PERUBATAN Cawangan.
Peranan sebagai Perwakilan MTC hanya layak dipegang oleh ahli PERUBATAN yang berada di cawangan masing-masing sahaja. Manakala Perwakilan MAT layak dipegang oleh semua ahli PERUBATAN yang berdaftar dari semua cawangan.

5. Siapakah yang boleh menyertai MTC?

Semua ahli yang berdaftar berhak menyertai MTC sama ada sebagai Perwakilan atau Pemerhati.

6. Siapakah yang digelar sebagai Perwakilan & Pemerhati MTC?

PERWAKILAN: Ahli berdaftar yang telah dikira sebagai ahli matang (sekurangnya sudah setahun di Mesir).

PEMERHATI: Ahli berdaftar yang belum dikira sebagai ahli matang (belum tempoh setahun di Mesir).
Hak Perwakilan & Pemerhati MTC akan dimaklumkan oleh Jawatankuasa Mesyuarat Tahunan Cawangan (JMTC) dari semasa ke semasa.

7. Bagaimanakah untuk mendaftar MTC? Dan berapakah bayaran kemasukan MTC?

Yuran untuk MTC kali ke-5 adalah sebanyak 20 LE dan anda boleh mendaftar sebagai Perwakilan & Pemerhati pada pautan ini:

 

https://tinyurl.com/pendaftaranMTC

 

8. Siapakah yang layak untuk menghantar cadangan usul? Apakah beza Usul dan Cadangan?

Hanya Perwakilan sahaja layak untuk menghantar cadangan usul dan membahas usul yang dibawa masuk ke dalam mesyuarat. Kriteria usul dan cadangan boleh dirujuk pada pautan ini:

 

http://d.perubatan.org/2DHnlmY

 

http://d.perubatan.org/2DJ3EuY

 

9. Bagaimanakah hendak menghantar cadangan usul?

Cadangan usul boleh dihantar sehingga 2 FEBRUARI 2018 kepada Jabatan Setiausaha (JSU) PERUBATAN Cawangan Ain Shams melalui maklumat berikut:

Setiausaha PERUBATAN Cawangan Ain Shams 2017/2018,
E-mel: setiausaha.pcs@gmail.com

10. Apakah Etika Berpakaian ke MTC?

Etika Berpakaian Perwakilan & Pemerhati akan dimaklumkan oleh Jawatankuasa Mesyuarat Tahunan Cawangan (JMTC) dari semasa ke semasa.

“Kita Keluarga PERUBATAN”

“At-Taqwa, As-Syifa’,
Ar-Rahmah”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

Jawatankuasa Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC),
PERUBATAN Cawangan Ain Shams(PCS)
2017/2018.