ETIKA USUL MTC

1. Usul hendaklah memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan, iaitu:

  • Usul yang dibawa di peringkat MTC tidak boleh bercanggahan dengan Perlembagaan PERUBATAN.
  • Isi usul harus munasabah, masih dalam kemampuan PERUBATAN Cawangan dan memberi kebaikan kepada persatuan secara keseluruhannya.
  • Setiap usul mestilah berpandukan definisi usul yang telah ditetapkan.
  • Ayat penyataan usul haruslah dengan Bahasa Malaysia dan tidak bercampur dengan perkataan ringkas dan bahasa asing melainkan kata nama khas.
  • Setiap lafaz dan frasa dalam usul haruslah boleh/mampu dibahaskan oleh Perwakilan MTC.
  • Setiap usul yang diberikan harus menggunakan kata-kata yang sopan, ayat-ayat yang ringkas, padat dan jelas.

2. Setiap ahli matang boleh membawa lebih daripada satu usul.

3. Pencadang boleh mempromosi usul-usul mereka, sama ada di laman sosial, penerangan di dewan kuliah dan sebagainya. Antara sebab-sebab promosi ini dibenarkan adalah untuk:

  • Pencadang usul boleh mengajak semua ahli cakna dengan isu-isu dan keadaan di sekeliling mereka.
  • Menggalakkan ahli-ahli bersuara menyatakan pendapat dan idea masing-masing berkenaan isu yang diketengahkan.
  • Pihak jawatankuasa pelaksana MTC tidak akan sama sekali membantu pencadang usul untuk mempromosikan usul-usul mereka.
  • Adab dan etika perlu dipandang serius semasa mempromosi usul demi keharmonian bersama.

4. Pencadang usul mestilah bersedia dengan hujah yang kukuh untuk melalui perbahasan dalam MTC.

5. Usul yang ingin dibawa mestilah diserahkan kepada Jabatan Setiausaha (JSU) PERUBATAN Cawangan masing-masing dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Jawatankuasa Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC),
PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS) 2017/2018.

 

IMG_20180125_225736

Razaili Bin Razak,

Ketua Jabatan Setiausaha,

PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS) 2017/2018