DEFINISI USUL

Usul adalah cadangan yang dibawa oleh ahli ke dalam Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) PERUBATAN Cawangan untuk dibahaskan oleh semua perwakilan:

  • Usul bersifat lebih menyeluruh dalam gerak kerja dan memberi kesan yang besar kepada dasar pembawaan tahunan PERUBATAN Cawangan yang melibatkan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) dan ahli.
  • Usul yang dibawa boleh menyentuh aspek pembawaan PERUBATAN Cawangan, gerak kerja PERUBATAN Cawangan serta penyelesaian masalah kritikal dalam PERUBATAN Cawangan.
  • Usul tidak boleh mengubah perlembagaan PERUBATAN. Usul untuk mengubah perlembagaan hanyalah boleh dibawa dan dibahas dalam Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PERUBATAN.

DEFINISI CADANGAN

Cadangan adalah suara yang dibawa oleh ahli dalam Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) yang mempunyai skop yang lebih kecil dan mampu mengubah gerak kerja PERUBATAN Cawangan tersebut.

PERBEZAAN USUL DAN CADANGAN

USUL CADANGAN
Mampu memberi kesan yang besar pada PERUBATAN Cawangan. Hanya memberi kesan secara kecilan.
Menyentuh dasar dan pembawaan tahunan PERUBATAN Cawangan. Tidak menyentuh dasar dan pembawaan tahunan PERUBATAN Cawangan.
Usul hanya boleh dibawa dalam MTC sahaja. Cadangan boleh diberikan kepada barisan pimpinan PERUBATAN Cawangan di luar MTC.
Usul harus melalui proses perbahasan oleh perwakilan dalam MTC. Cadangan tidak perlu dibahaskan dalam MTC.
Usul perlu diluluskan dalam MTC. Cadangan tidak perlu diluluskan dalam MTC.
Usul yang diluluskan dalam MTC wajib dilaksanakan oleh barisan AJKT PERUBATAN Cawangan dalam tempoh sesi berkenaan (melainkan ada masalah yang tidak dapat dielakkan). Cadangan yang diberikan dalam MTC akan dilaksanakan oleh pimpinan AJKT berdasarkan keadaan dan kemampuan semasa.

STATUS USUL SELEPAS DICADANGKAN

Usul-usul yang dicadangkan akan melalui proses perbincangan di peringkat Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan bagi membezakan kategori usul dan cadangan. Mana-mana usul yang dibawa masuk ke dalam mesyuarat akan diuar-uarkan beberapa hari sebelum tarikh MTC bergantung kepada bilangan usul serta isu yang diketengahkan.

 

Jawatankuasa Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC),

PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS) 2017/2018

 

IMG_20180125_225736

Razaili Bin Razak,

Ketua Jabatan Setiausaha,

PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS) 2017/2018