بسم الله الرحمن الرحيم
السلام علكم ورحمة الله وبركاته

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT dengan limpah dan kurnia-Nya kita masih dapat hidup pada hari ini dengan nikmat iman dan Islam dan seterusnya dapat bersama-sama membawa organisasi PERUBATAN di bumi Anbiya ini. Tidak dilupakan, selawat dan salam ke atas kekasih Allah, Rasulullah SAW atas usaha Baginda yang mengajar kita erti pengorbanan bagi menegakkan agama Allah.

Kini kehangatan pilihanraya PERUBATAN semakin terasa. Seperti tahun-tahun sebelum ini, pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi kekal perlu dibuat sebelum bermulanya fasa pencalonan. Hal ini termaktub dalam perlembagaan PERUBATAN:

Fasal 28, Perkara 1 (d) : Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan perlu bermesyuarat pada akhir sesi pentadbiran untuk menetapkan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lelaki dan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) wanita untuk dikekalkan sebagai Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan sesi seterusnya.

Oleh itu, mesyuarat telah pun diadakan bersama semua AJKT bagi memilih AJKT yang paling layak untuk dikekalkan dengan kriteria tertentu. Barisan AJKT PCS telah pun sebulat suara memilih 4 orang ahli AJKT sesi 2017/2018 untuk dikekalkan pada sesi hadapan iaitu:

  • Muhammad Rafiq bin Rosidi
  • Muhammad Ammar Bin Md Nor
  • Nur Atiqah Binti Harizan
  • Nur Farah Fathira Binti Jasni

Semoga dengan pengekalan ini memberikan rahmat dan keberkatan daripada Allah S.W.T. kepada PCS sesi akan datang. Besar harapan kepada AJKT kekal sesi ini memberikan yang terbaik dalam meneruskan legasi PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS) dan ahli pula sama-sama membantu membawa bahtera ini.

Sekian, wassalam.

“PCS, Kita Satu Hati”

kr

Mohammad Azran Bin Mat Rashid,

Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS) 17/18.