بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam kerana dengan limpah kurniaNya kita masih diberikan nikmat yang paling berharga iaitu nikmat Iman dan Islam. Tidak dilupakan, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Salallahu ‘Alaihi Wasallam.
مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ (2:261)
Maksudnya: Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.

Sejajar dengan pembukaan sesi pengajian yang baharu, PERUBATAN Cawangan Ain Shams dibawah kelolaan Jabatan Bendahari akan menjalankan kutipan yuran tahunan PERUBATAN.
Untuk makluman, PERUBATAN Cawangan Ain Shams kali ini akan menjalankan sistem kutipan yuran secara kolektif. Kolektif yang dimaksudkan ialah sistem kutipan yuran ahli yang mengandungi tiga jenis kutipan yang disekalikan iaitu Tabung Kasih Sayang (TKS), Teratak Ulul Albab foundation (TUAF) dan yuran PERUBATAN. Sistem ini dijalankan bertujuan untuk mengurangkan penindanan kutipan yang pelbagai, seterusnya mengurangkan beban ahli melalui kutipan secara sekaligus.
Justeru, yuran bagi ahli yang mendapat tajaan adalah sebanyak 120 (Egyption Pound) manakala bagi ahli yang tiada tajaan adalah sebanyak 100 (Egyption Pound).

Seperti yang termaktub dalam perlembagaan PERUBATAN Fasal 8, Perkara 1 yang menyebut;

Setiap ahli perlu membayar yuran pendaftaran keahlian sebanyak 5 (lima) Egyptian Pound dan yuran tahunan sebanyak 20 (dua puluh) Egyptian Pound.

Hasil kutipan yuran ini akan digunakan bagi menampung perbelanjaan tahunan PERUBATAN. Di sini ingin diingatkan bahawa ahli yang telah membayar yuran sahaja yang layak untuk mengundi dan menghadiri Mesyuarat Tahunan PERUBATAN Cawangan (MTC) dan Mesyuarat Agung Tahunan PERUBATAN (MAT).

Dengan ini diumumkan bahawa fasa kutipan yuran bagi PERUBATAN Cawangan Ain Shams akan bermula pada 1/10/2017 dan berakhir ketika hari pengundian Pilihan Raya PERUBATAN Cawangan pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.Bayaran boleh dijelaskan kepada Bendahari Organisasi Batch masing-masing. Setiap bayaran yang dilakukan akan disertakan resit sebagai bukti.

Kerjasama daripada pihak anda kami dahulukan dengan ucapan terima kasih. Semoga keterlibatan semua ahli dapat memberi manfaat yang besar dalam menggerakkan PERUBATAN Cawangan Ain Shams yang tercinta, di samping dapat menjadi saham amalan kebaikan kita di akhirat kelak.

Siiru ‘Ala Barakatillah. Sekian, terima kasih.

“Pengurusan Kewangan Berkualiti, Kredibiliti PERUBATAN Diperakui”

“PCS, Kita Satu Hati”
Jabatan Bendahari,
PERUBATAN Cawangan Ain Shams 2017/2018.