perubatan-color

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam kerana dengan limpah kurniaNya kita masih diberikan nikmat yang paling berharga iaitu nikmat Iman dan Islam. Tidak dilupakan, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Salallahu ‘Alaihi Wasallam.

Patah tumbuh hilang berganti. Dengan perletakan jawatan pimpinan sesi 2016/2017 dalam Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) PERUBATAN Cawangan Ain Shams kali ke-4 pada 17 Februari lalu, maka, telah rasmilah kenaikan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS) bagi sesi 2017/2018. Merujuk kepada Perlembagaan PERUBATAN bab ke-4, fasal 28, Nombor 1(c), iaitu : 1 (c) Pembahagian jawatan-jawatan dalam kalangan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan akan ditentukan oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan dalam mesyuarat pertama selepas Mesyuarat Tahunan Cawangan kecuali jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi.

Melalui perbincangan dalam mesyuarat pertama bersama AJKT PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS), semua telah pun bersetuju untuk melantik 7 orang ahli Lembaga Penasihat dan AJKT sesi 2017/2018 memegang portfolio seperti berikut :

AHLI LEMBAGA PENASIHAT:

  1. Mohd Nasrun Bin Mohd Nizam
  2. Hanif Bin Khairudin
  3. Mohd Khairil Ashraf Bin Muhammad Fisal
  4. Muhammad Afif Afnan Bin Ishak
  5. Irshafinah binti Jamaludin
  6. Nur Adila Athira binti Mohd Ramzi
  7. Nurul Izzati binti Muhammad Fuad

AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI (AJKT)

1.PENGERUSI
Mohammad Azran bin Mat Rashid

2.TIMB. PENGERUSI
Nur Fatini binti Azman @ Nasir

3.NAIB PENGERUSI 1
Rusydi Amin bin Yusuf

4.NAIB PENGERUSI 2
Nurul Husna binti Ishak

5.SETIAUSAHA
Razaili bin Razak

6.TIMB. SETIAUSAHA
Wan Nur Izzati binti Wan Mohd Izzuddin

7.BENDAHARI DAN EKONOMI
Muhammad Shafiq bin Kadir

8.TIMB. BENDAHARI DAN EKONOMI
Nur Aisyah binti Mad Sobri

9.KETUA BIRO AKADEMIK
Luqman Hakim Bin Badrul Hisam

10.TIMB. KETUA BIRO AKADEMIK
Nur Fatin Izzaty binti Mohd Shurkeri

11.KETUA BIRO PEMBANGUNAN INSAN
Muhammad Rafiq Bin Rosidi

12.TIMB. KETUA BIRO PEMBANGUNAN INSAN
Husnul Khotimah binti Farhan

13.KETUA BIRO KEBAJIKAN
Abdul Wadud bin Abdul Halim

15.TIMB. KETUA BIRO KEBAJIKAN
Nur Atiqah binti Harizan

16.KETUA BIRO PENERBITAN DAN PENERANGAN
Muhammad Daniell Abqhori bin Abdul Malek

17.TIMB. KETUA BIRO PENERBITAN DAN PENERANGAN
Nur Farah Fathira binti Jasni

20.KETUA BIRO PERUMAHAN
Muhammad Ammar bin Md Nor

21.TIMB. KETUA BIRO PERUMAHAN
Nor Fauziatun binti Mohd Fauzi

22.KETUA BIRO SUKAN DAN AKTIVITI LUAR
Muhammad Syazwan Fahmi bin Mohd Helmi

23.TIMB. KETUA BIRO SUKAN DAN AKTIVITI LUAR
Nur Atiqah binti Mohd Hapizi

Semoga pimpinan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS) sesi 2017/2018 terus bersemangat dalam menggalas amanah yang diberikan oleh Allah. Kami juga berharap agar semua ahli PERUBATAN Cawangan Ain Shams dapat memberikan sokongan dan dorongan yang jitu kepada semua AJKT bagi meneruskan momentum yang berterusan hingga ke pengakhiran. Marilah sama-sama kita mendoakan agar segala gerak kerja yang dilakukan ini memberi manfaat kepada semua pihak bukan sahaja di dunia bahkan juga di akhirat.

Siiru ‘Ala Barakatillah.

Sekian, terima kasih.

“PCS, Kita Satu Hati”

PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS) 2017/2018