Tika itu si Malaysia berdegar-degar, dilanda gegar semangat memboikot; “Say NO to Israel!” Hal ini dek tersebarnya jutaan berita keganasan dan kekejaman yang berlaku di negara-negara Islam. Pembunuhan dan darah umat menyaluti rata-rata media sosial dan digital.

Tidak ketinggalan juga satu isu yang masih segar dalam ingatan, yang berlaku dalam kehangatan ‘musim’ memboikot ini.

gambar1

Matlamat tidak menghalalkan cara. Itu yang dapat disimpulkan setelah menilai isu yang berlaku sekitar pertengahan tahun 2014 ini.

Persoalan sekarang adalah ke manakah perginya semangat-semangat ini saat negara Islam masih lagi merah berdarah? Tepuk dada tanyalah iman. Masih lenakah ia dalam hangat selimut duniawi?

Mengapa perlu boikot dan apakah kesannya? Untuk mengangkat senjata sudah tentu kita tidak mampu. Oleh itu, antara jalan yang dapat digunakan adalah melalui ekonomi.

Sudah terang lagi bersuluh bahawasanya ekonomi sesebuah negara itu memainkan peranan penting dalam memastikan sesebuah negara itu kekal kuat khususnya dalam aspek persenjataan. Oleh itu,langkah memboikot produk & perniagaan Israel dan sekutunya ini sedikit demi sedikit akan menjejaskan ekonomi regim zionis sekaligus melemahkan persenjataan mereka.gambar2

Antara penyumbang terbesar adalah syarikat Coca-Cola. Sejak 1966 Coca-Cola menyokong penuh negara Israel. Coca-Cola telah menerima anugerah tertinggi daripada kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel.

 

الْمُؤمِنُ لِلْمُؤمِنِ كَاْلبُنْيَانِ يَشُدُّ بَعْضُهُ بَعْضًا

Seorang mukmin kepada mukmin yang lain bagaikan suatu bangunan yang satu mengukuh yang lain – Muttafaqun ‘alaihi

Hulurkan tangan ringankanlah beban. Jika tidak mampu daripada segi kewangan, cubalah untuk memboikot seboleh mungkin dan tidak dilupakan, selitkan mereka dalam doa harian kita. Semoga usaha kecil ini diterima di sisi-NYA.

gambar3

 

PEACE | KEMANUSIAAN

Nadia Izzati Binti Mohd Shukeri
Unit Dana dan Tabung Kemanusiaan
PERUBATAN For Peace and Care (PEACE)
PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS) 2016/2017

Unit Karya
Biro Penerbitan dan Penerangan
PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS) 2016/2017