Aleppo ,wilayah kedua terbesar di Syria, telah menjadi salah satu tempat berkumpulnya pemberontak-pemberontak yang ingin menggulingkan rejim Bashar al-Assad setelah perang saudara meletus di Syria. Puak pemberontak ini terdiri daripada dua kelompok utama iaitu Pejuang Pembebasan Syria dan juga Islamic State of Iraq and Syria (ISIS).

Di bawah adalah garis masa peristiwa-peristiwa penting dalam pertempuran untuk menguasai bandar Aleppo:

2011- Konflik di Syria bermula apabila gerakan pro-Perubahan mula menentang kerajaan.

Pada bulan Mac 2011, demonstrasi besar-besaran dijalankan di ibu negara Syria bagi menuntut pembaharuan politik, hak-hak sivil dan pembebasan tahanan politik. Tidak lama selepas itu gelombang demonstrasi ini mula tersebar ke bandar-bandar lain. Beberapa demonstrasi kecil juga mula menapak di Aleppo.

2012: Demonstrasi dan pemberontakan kian membara di Aleppo

Pada awal 2012 pemberontak berjaya mengawal kawasan luar bandar barat laut bandar Aleppo, mengepung pangkalan tentera udara Minnegh dan sebahagian besar bandar Syiah Nubl dan bandar Zahra.

Penunjuk perasaan di Aleppo ditembak buat kali pertama pada Julai 2012 dan pemberontak mulai berjuang untuk bandar itu sendiri. Daerah timur Aleppo dengan mudah jatuh ke tangan pemberontak. Pertempuran ini telah menyebabkan musnahnya khazanah-khazanah bersejarah yang tidak ternilai harganya.

2013: Pemberontak menyekat laluan utama Aleppo-Damascus

Puak pemberontak menyekat lebuh raya Aleppo-Damascus yang menjadi laluan utama untuk memasuki Aleppo .Keadaan ini telah memaksa tentera kerajaan untuk menggunakan laluan alternatif dari ibu negara untuk sampai ke Aleppo.

Aleppo Barat yang berada di bawah penguasaan pihak kerajaan juga jatuh ke tangan puak pemberontak setelah mereka turut menyekat laluan-laluan alternatif ke Aleppo. Namun keadaan tidak dapat bertahan lama apabila kerajaan dengan bantuan dari sekutunya berjaya mendapatkan kembali Aleppo Barat dan mengukuhkan kedudukan mereka di sana.

Pada bulan April 2013 menara Masjid Umayyad Aleppo yang berusia 1,000 tahun musnah apabila dibedil ketika pertempuran berlaku.

2014: Pertempuran di antara puak pemberontak dan pihak kerajaan makin berlarutan di Aleppo

Rejim Bashar al-Assad mula memenuhi awan biru Aleppo dengan helikopter dan jet-jet pejuang dalam misi menyerang puak pemberontak.

2015: Kebangkitan pemberontak dan campur tangan Rusia

Beberapa siri serangan dari puak pemberontak meletakkan pihak kerajaan di bawah tekanan di barat laut Syria, di mana terletaknya Aleppo . Namun pada Oktober 2015 , telah berlaku campur tangan Rusia dan menyebabkan pihak kerajaan kembali menawan Aleppo.

2016: Pengepungan dan pengeboman Aleppo

Pada Februari 2016, tentera kerajaan dan sekutunya dengan bantuan udara pihak Rusia telah berjaya menyekat laluan utama dari Turki dan menguasai semula Pangkalan Udara Minneigh . Mereka juga berjaya menamatkan penguasaan pemberontak terhadap Nubl dan Zahra.

Pada 27 Julai , buat pertama kalinya tentera kerajaan mengepung sepenuhnya timur Aleppo. Namun penguasaan mereka hanya bertahan selama 10 hari kerana puak pemberontak kembali membuat serangan balas di daerah Ramousah yang telah membuka jalan yang ke timur Aleppo dari selatan.

Kuasa udara Rusia dan militan Syiah dari Iraq dan Lebanon membantu pihak tentera menawan semula Ramousah pada 8 September, sekaligus berjaya menguasai wilayah pemberontak kembali. Pada 22 September , serangan udara yang dasyat telah dilancarkan terhadap timur Aleppo dan kerajaan mengumumkan ianya adalah sebagai langkah untuk mendapatkan dan mentadbir semula Aleppo.

Setelah saban minggu pengeboman berlaku, yang mana telah memusnahkan banyak hospital dan infrastruktur awam yang lain, pihak Rusia dan kerajaan Syria mengisytiharkan genjatan senjata dalam kempen mereka pada 18 Oktober. Namun gencatan senjata yang dipersetujui itu telah dilanggar oleh pihak Rusia dan kerajaan Syria yang telah melancarkan serangan pada hari ketiga genjatan senjata tersebut.

Serangan terakhir pemberontak dalam usaha mereka mendapatkan semula Aleppo bermula pada 28 Oktober dari luar bandar ke barat bandar ini. Namun selepas dua hari dijalankan, serangan mulai kendur dan berjaya dipatahkan oleh pihak kerajaan.Serangan udara terhadap timur Aleppo diteruskan lagi pada 15 November dan telah menyebabkan semua hospital yang masih beroperasi lumpuh sepenuhnya..

Pada 5 Disember , tentera kerajaan terus meluaskan penguasaan mereka dengan menakluk daerah al-Shaar dan Old City, meninggalkan puak pemberontak terperangkap dalam sebahagian kecil wilayah mereka yang masih tersisa.

Pada 12 Disember, tentera membuat satu lagi siri serangan terhadap daerah Sheikh Saeed untuk mengusir saki baki puak pemberontak yang masih bersembunyi.

Pada 13 Disember pemberontak akhirnya bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata dan akan berpindah ke kawasan yang dikuasai pemberontak di luar Aleppo bersama keluarga mereka dan mana-mana orang awam yang mahu meninggalkan Aleppo.

Image result for aleppo before and after

PEACE | KEMANUSIAAN

Nor Ilham Hafiz Bin Nordin
Unit Dana dan Tabung Kemanusiaan
PERUBATAN For Peace and Care (PEACE)
PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS) 2016/2017

Unit Karya
Biro Penerbitan dan Penerangan
PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS) 2016/2017