بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, jutaan kesyukuran dipanjatkan kepada Allah yang masih memberikan kita peluang untuk terus menjalani kehidupan di muka bumi ini sehingga ke bulan yang penuh barakah ini serta masih mengekalkan kita semua dalam dua nikmat yang cukup besar iaitu nikmat Iman dan Islam. Selawat dan Salam ke atas junjungan kita yang mulia, Nabi Muhammad S.A.W., ahli keluarga serta para sahabat baginda yang telah bersusah payah berjuang dalam menegakkan kalimah dan agama yang benar di muka bumi ini.

Satu berita yang mendukacitakan buat seluruh warga PCS. Untuk makluman semua, Teratak Ulul Albab (TUA) yang selama ini menjadi pusat perkumpulan dan kegiatan ahli PERUBATAN Cawangan Ain Shams terpaksa berpindah dalam masa terdekat atas beberapa faktor. Faktor utama yang mendorong kepada perkara ini ialah harga sewa markas yang tinggi terpaksa ditanggung oleh pihak PCS. Sewa markas yang mencecah LE2400 setiap bulan amat membebankan walaupun ianya bersesuaian dengan kondisi markas.

Setelah empat bulan proses pencarian markas baru ini, alhamdulilah dengan izin-Nya kita telah menemui sebuah penempatan yang sesuai untuk dijadikan markas baharu. Beberapa siri pertemuan bersama tuan rumah dan perbincangan sesama ahli jawatankuasa tertinggi (AJKT) PCS 2016/2017 juga telah dilakukan dan beberapa kata sepakat telah dicapai bersama. Antaranya:

1) Lokasi markas baharu ialah di Dur 1, Imarah 19, Syari’ Madrasah Waliey el Ahd, Qism Waili Abbasiyah (Imarah saudara Hashim Che Ngah).

2) Tarikh perpindahan ialah pada 20 Disember 2016 bersamaan hari Selasa.

Anggaran kos perpindahan adalah lebih kurang LE 6,950 merangkumi sewa markas, wang cagaran, kos pengangkutan serta kos alatan untuk perpindahan. Sehubungan dengan itu, PCS berharap dan menyeru agar semua warga PCS untuk sama-sama membantu dengan :

1) Memenuhi tanggungjawab untuk menyelesaikan bayaran Yuran PCS kepada bendahari batch masing-masing mengikut jumlah yang ditetapkan.

2) Saluran sumbangan kepada mana-mana AJKT PCS.

Sebarang persoalan, penerangan dan informasi, boleh merujuk Ketua Biro Perumahan PCS ataupun Pemangku Timbalan Ketua Biro Perumahan PCS melalui talian berikut:

Ketua BHOME: Luqman Hakim bin Badrul Hisam (+201159344997)

Pemangku Timbalan Ketua BHOME: Nur Fatin Izzaty binti Mohd Shurkeri (+60174129240 @ +201155532103)

Kami berharap agar semua warga PCS dapat berganding bahu membantu menjayakan usaha ini demi kelangsungan PCS kelak. Segala kerjasama dan bantuan yang dihulurkan, kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Semoga bantuan dan kerjasama yang telah diberikan, dinilai dengan ganjaran yang cukup besar di sisi Allah SWT.

Siiru ‘Ala Barakatillah.

Wallahu a’lam.

“PCS, Kita Satu Hati”

Pengerusi PERUBATAN Cawangan Ain Shams

Muhammad Amiruddin bin Suhaini

Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS) 2016/2017.

pinah

Irshafinah binti Jamaludin

Timbalan Pengerusi ,

PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS) 2016/2017.