Sinonim kemunculannya dalam kalangan warga emas  sewal usia 50–an , darah tinggi  kini bukan lagi sesuatu yang asing dalam kalangan warga muda, terutamanya bagi mereka yang mempunyai komitmen yang tinggi  dalam kerjaya dan sentiasa terdedah dengan faktor-faktor sekeliling yang memandu kearah peningkatan kadar stress dalam kehidupan seharian . Menurut ramalan , bilangan mereka yang menghidap tekanan darah tinggi berkemugkinan mencecah 1.56 billion seluruh dunia menjelang tahun 2025 .

htn

Dalam situasi normal , darah akan dipam melalui  arteri .Dalam setiap kontraksi jantung, darah akan dipam melalui arteri ke seluruh anggota badan . Apabila darah dipam menolak dengan lebih kuat dinding dinding arteri  dari kebiasaan keadaan ini dikenali sebagai hypertension . Tekanan darah secara normalnya lebih tinggi pada waktu pagi , setelah melakukan senaman dan apabila  berada dalam keadaan tertekan . Situasi ini adalah normal dan hanya menjadi kebimbangan jika berlaku secara berterusan  .

Mengapa hal ini perlu dipandang  serius ? Hal ini demikian kerana,  dengan hanya beberapa langkah pencegahan awal yang diambil secara berterusan, mangsa akan dapat mengelakkan diri daripada terpaksa menjalani rawatan sepanjang hidup .Tekanan darah tinggi dapat  didefinasikan sebagai tekanan darah yang melebihi 120 sistolik dan 80 diastolik. Pesakit yang didapati berada dalam keadaan pre –  hypertension 120-139 / 80-89, sekiranya tidak menerima rawatan  akan meyebabkan risiko yang tinggi menghidap serangan jantung  . Berdasarkan kajian , Framingham Heart Study , yang dijalankan pada tahun 2006 , pesakit yang menghidap fasa pre-hypertension berpotensi sebanyak 3.5 kali ganda untuk menghidap risiko serangan jantung dan 1.7 kali ganda untuk menghidap risiko penyakit berkaitan jantung berbanding mereka yang mempunyi tekanan darah yang normal . Beralih kepada tahap seterusnya  tahap pertama juga dikenali sebagai  keadaan mild hypertension iaitu tekanan sekitar 140-159 /90-99 sementara  tahap kedua pula melebihi 160 / 100 .

htn2

Penekanan diberikan lebih tertumpu kepada tekanan darah tinggi meskipun kencing manis dan serangan jantung turut menyumbang kepada punca kematian utama di Malaysia berikutan penyakit ini membunuh dalam diam dan hanya dapat dikesan melalui pemeriksaan secara berkala . Simptom- simptom seperti pening kepala yang berterusan , muntah atau loya , penglihatan kabur serta hidung berdarah hanya muncul setelah keadaan semakin memburuk .Tidak hairanlah di luar  pengetahuan mereka , kebanyakkan pesakit mungkin  menghidapi sakit jantung dan kegagalan dalam fungsi ginjal sedang punca utamanya masih belum dapat dikesan .

Terdapat beberapa faktor yang sangat terkenal dalam peningkatan kes tekanan darah tinggi  .  Secara amnya , ianya dapat dibahagikan kepada dua cabang utama . Cabang yang pertama ialah, risiko yang tidak dapat diubah . Umum mengetahui penyakit ini sangat sinonim dengan peningkatan umur kerana kebanyakkan mereka yang menghidapai masalah ini didapati terdiri daripada warga emas .Selain itu ,gender juga turut mempengaruhi dari sudut peningkatan dari segi kekerapannya dalam kalangan lelaki berbanding wanita , namun begitu risiko dinisbahkan hampir  mencecah 1:1 setelah wanita mencapai usia menopaus berikutan kurangnya hormon estrogen. Faktor seterusnya adalah genetik .  Kemungkinan untuk menghidapi penyakit  ini lebih tinggi sekiranya  ahli keluarga terdekat seperti ibu dan ayah seorang pesakit juga menghidap tekanan darah yang  tinggi .Perubahan dalam salur darah dan arteroskeloris akibat pengamalan diet sihat dan gaya hidup kurang sihat di kalangan ahli  keluarga turut menyumbang kearah penyakit  peningkatan tekanan darah .Oleh hal yang demikian , nutrisi anak – anak pada seawal usia perlulah dititik-berat .

Beralih kepada cabang yang kedua , faktor yang boleh diubah . Sosioekonomi mempengaruhi persipitasi penyakit  ini sonsang .  Misalnya , penyakit ini sering didiagnos bagi mereka yang menjawat profesion seperti doctor , guru , pemandu yang terdedah kepada tekanan di tempat  kerja dalam erti kata lain semakin bertambah tekanan dari persekitaran , semakin meningkat kemungkinan peningkatana tekanan darah . Diet yang tidak seimbang seperti pengambilan garam yang berlebihan dan juga lemak tepu adalah antara factor penting dalam peningkatan kes ini dalam masyarakat zaman sekarang . Faktor ini mempunyai kaitan yang agak rapat dengan  kolesterol yang tinggi dalam darah (LDL) kurang dalam darah) dengan kemunculan pelbagai produk makanan segera  baru di pasaran , Malaysia kini berada pada paras yang terancam dari sudut kesihatan rakyatnya . Tiada guna meeningkatkan mutu dan kawalan kualiti dalam khidmat kesihatan jika rakyat sendiri tidak mempunyai kesedaran yang tinggi untuk mengubah hidup mereka kearah yang lebih sihat .Bertepuk sebelah tangan , tidak akan berbunyi . Tidak  mahu ketinggalan , obesiti juga dikenali sebagai salah satu faktor sampingan ditambah pula dengan tabiat merokok dan pengambilan alkohol secara berlebihan  lain . Tekanan  dari sudut mental seperti  migrasi dan perubahan  corak gaya hidup juga tidak dinafikan mampu menyumbang kearah peningkatan ini .

Jika diperhatikan secara mendalam , kepelbagaiaan di dalam faktor – faktor penyumbang seperti diatas kebanyakkan didominasi amalan yang menjadi kebiasaan golongan remaja . Justeru , tidak dapat tidak ,penglibatan  golongan ini perlu diberikan perhatian dalam segala program pencegahan peningkatan tekanan darah. Kefahaman yang mendalam berserta motivasi dari pihak luar akan memudahkan usaha dalam mengatasi masalah kesihatan ini . Moga usia dan kesihatan  yang berbaki ini  dapat diinfaqkan untuk kemaslahatan masyarakat ,negara dan juga agama .

Pencegahan awal dapat diambil seperti mengurangkan pengambilan makanan yang berisiko dalam menyumbang kepada tekanan darah di samping menggalakan amalan sihat seperti meningkatkan aktiviti luar seperti bersenam . Kadar yang disarankan adalah sekurang – kurangya 3 hingga 5 kali seminggu selama 30 minit setiap kali .

htn3

Bagi mereka yang sudah didapati menghidap tekanan darah tinggi gaya hidup perlulah dipandang secara serius . Mereka sewajarnya lebih komited dalam usaha menurunkan berat badan , mengurangkan pengambilan garam , lemak disamping memperbanyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam hidangan seharian . Masa tidur yang berkualiti juga perlu dipandang serius kerana rehat yang cukup merupakan antara rahsia dalam mengekalkan kestabilan emosi .Setelah seharian bekerja , berehatlah seketika .

Bagi mengelakkan risko penyakit ini adalah disarankan agar  ibu bapa sentiasa memantau dan menjalankan secara rutin pemeriksaan tekanan darah anak mereka sekiranya mereka berpotensi menghidap masalah yang sama .

Hidup cuma sekali , sekadar pinjaman . Tubuh yang sihat yang dikurniakan sewajarnya dikembalikan dalam keadaan baik sepertimana ia dipinjamkan . jangan kita menunding jari mengatakan kematian seseorang adalah disebabkan mereka menghidap penyakit itu dan ini sedang kita diberikan pilihan dan masa yang agak panjang untuk menentukan hala tuju kesihatan kita pada waktu yang mendatang .

Tubuh badan yang sihat juga disenaraikan sebagai salah satu item dalam sepuluh muwasafat tarbiah sekaligus memberi penekanan yang memahamkan individu  muslim peri penting kesihatan dalam kehidupan sehari hari . Berdasarkan beberapa sumber pembacaan , beberapa makanan sunnah seperti minyak zaitun dan habatussauda sekiranya diamalkan mampu mengurangkan risiko untuk menghidap masalah tekanan darah tinggi .Mengamalkannya adalah pilihan .

 

KARYA AHLI | AKADEMIK

Ahli Medical Team
Heath Academy
Biro Akademik (BCAD)

PERUBATAN Cawangan Ain Shams

Unit Karya
Biro Penerbitan dan Penerangan
PERUBATAN Cawangan Ain Shams 2016/2017