بسم الله الرحمن الرحيم
السلام علكم ورحمة الله وبركاته

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T. dengan limpah dan kurnia-Nya kita masih dapat hidup pada hari ini dengan nikmat Iman dan Islam dan seterusnya dapat bersama-sama membawa organisasi PERUBATAN di bumi Anbiya ini. Tidak dilupakan, selawat dan salam ke atas kekasih Allah, Rasulullah S.A.W atas usaha Baginda yang mengajar kita erti pengorbanan bagi menegakkan agama Allah.
Kini, kehangatan pilihan raya PERUBATAN semakin terasa bahangnya. Seperti tahun-tahun sebelum ini, pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi kekal perlu dibuat sebelum bermulanya fasa pencalonan. Hal ini termaktub dalam perlembagaan PERUBATAN Fasal 28, Perkara 1 (d) : Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan perlu bermesyuarat pada akhir sesi pentadbiran untuk menetapkan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lelaki dan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) wanita untuk dikekalkan sebagai Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan sesi seterusnya.
Oleh itu, mesyuarat telah pun diadakan bersama semua AJKT bagi memilih AJKT yang paling layak untuk dikekalkan dengan kriteria tertentu. Barisan AJKT PCS telah pun sebulat suara memilih 4 orang ahli AJKT sesi 2015/2016 untuk dikekalkan pada sesi hadapan iaitu:

Rusydi Amin bin Yusuf
Muhammad Rafiq bin Rosidi
Wan Nur Izzati binti Wan Mohd Izzuddin
Nurul Husna binti Ishak
Semoga dengan pengekalan ini memberikan rahmat dan keberkatan daripada Allah S.W.T. kepada PCS sesi akan datang. Besar harapan kepada AJKT kekal sesi ini memberikan yang terbaik dalam meneruskan legasi PCS dan ahli pula sama-sama membantu membawa bahtera ini.
Sekian, wassalam.
“PCS, Kita Satu Hati”

Pengerusi PERUBATAN Cawangan Ain Shams

Pengerusi PERUBATAN Cawangan Ain Shams

Muhammad Amiruddin bin Suhaini
Pengerusi
PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS) 2016/2017.

pinah
Irshafinah binti Jamaludin
Timbalan Pengerusi
PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS) 2016/2017