Tentera rejim Zionis sering menjadikan kanak-kanak Palestin sebagai sasaran serangan kononnya atas alasan kumpulan tersebut cuba menyerang anggota keselamatan mereka.Lebih 1300 orang kanak-kanak Palestin cedera akibat keganasan yang semakin meningkat, yang mana kebanyakannya berlaku di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.”

-Yayasan Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF)-

Palestinian activists wave flags at a protest camp in an area known as "E1", which connects the two parts of the Israeli-occupied West Bank outside Arab suburbs of East Jerusalem March 20, 2013. Palestinian activists set up the protest camp on Wednesday close to where Israel wants to build a new settlement, drawing attention to their struggle for land during a visit to the region by U.S. President Barack Obama. REUTERS/Ammar Awad (WEST BANK - Tags: POLITICS CIVIL UNREST) - RTR3F8DD

Konflik Palestin-Israel bukanlah sebuah konflik dua sisi yang sederhana, tetapi hal tersebut merupakan konflik yang berlanjutan dan berpanjangan sejak akhir abad ke-19.Peperangan yang berlaku setelah sekian lama di Palestin tidak menampakkan titik noktah.Setiap hari, keamanan bumi Palestin dicemari dengan bunyi letupan bom, bunyi-bunyi tembakan, rintihan rakyat Palestin, dan juga pelbagai jenis keganasan yang dilakukan oleh rejim Zionis terhadap rakyat Palestin yang rata-ratanya tidak mempunyai sebarang alat untuk mempertahankan diri.Hanya rintihan dan laungan sayu sebagai benteng diri dengan harapan dapat menjentik sifat perikemanusiaan dalam rejim Zionis.

Dari sekian ribu mangsa keganasan peperangan tersebut, 75 peratus daripada mereka ialah golongan kanak-kanak dan wanita. Saban hari, terdapat banyak kanak-kanak Palestin yang dibunuh dengan kejam tanpa rasa belas kasihan.Ada juga di antara mereka yang ditahan oleh rejim Zionis.Sekurang-kurangnya, 1899 kanak-kanak Palestin ditahan dan kini diletakkan di dalam penjara di seluruh Israel sejak Oktober lalu.Jumlah kanak-kanak itu merangkumi 37 peratus daripada keseluruhan warga Palestin yang ditahan tanpa sebab oleh rejim Zionis dalam tempoh enam bulan lalu.Jumlah penangkapan meningkat ketara sehingga 338 peratus, berbanding tempoh yang sama tahun lalu.Sejak penangkapan mereka, kanak-kanak berkenaan sentiasa terdedah kepada penderaan psikologi atau fizikal.

Di manakah letaknya rasa belas kasihan dan sifat kemanusiaan dalam rejim Zionis?Masih wujudkah sifat-sifat tersebut dalam diri mereka? Segala rayuan dan rintihan anak-anak ini tidak diendahkan malah dipandang enteng kerana rejim Zionis lengkap dengan senjata api dan bahan pelindung diri.Mereka menganggap anak-anak ini hanya bahan mainan yang boleh dihapuskan sesuka hati tidak kira waktu dan tempat.Palestin kini semakin sunyi dan hampir lenyap dari kegirangan kanak-kanak bermain, gelak tawa dan juga senda gurau mereka.Kini, yang tinggal hanyalah tangisan dan ratapan ibu bapa dek kehilangan anak yang disayangi dan kenangan masa lalu yang tidak dapat diputar kembali.

Rentetan daripada pembunuhan dan penangkapan anak-anak Palestin ini, mampu menutup pintu dan ruang untuk bumi Palestin ini mengekalkan  waris-waris mereka pada masa akan datang. Hal ini mungkin akan menyebabkan bumi Palestin didiami oleh warga lain dan tidak ada lagi kewarganegaraan Palestin.Mungkinkah pada masa hadapan, tidak ada lagi pewaris-pewaris di bumi Palestin?Tidak ada lagi pemimpin-pemimpin hebat kelahiran Palestin yang disegani seperti Sheikh Ahmed Ismail Hassan Yassin, yang cintakan ilmu dan berani menegakkan kebenaran?

Semoga Palestin yang telah musnah infrastrukturnya, akan dapat segera dipulihkan dan kehidupan mereka akan kembali ke tahap normal secepat mungkin.Moga anak-anak yang masih kecil ini, yang baru ingin mengenal dunia dapat meneruskan hidup mereka dengan gembira seperti kanak-kanak yang lain tanpa rasa takut.Semoga anak-anak ini mampu menjalani hari-hari mereka seperti rakan-rakan mereka di tempat yang lain dan mampu menjadi pewaris negara yang berjaya dan berwawasan dan seterusnya mampu membawa Palestin ke arah yang maju dan berdiri seiring dengan negara-negara maju yang lain.

PEACE | KEMANUSIAAN

Fatimah Azzahra’ binti Hassan
Unit Penerangan dan Dokumentasi
PERUBATAN For Peace and Care (PEACE)
PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS) 2016/2017

Unit Karya
Biro Penerbitan dan Penerangan
PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS) 2016/2017