•  

    hanami-3
                  Gambar 1 : Latihan dalam kumpulan (IKHWAH)

    KAHERAH , 22 Oktober -Mentor Council dibawah Biro Pembangunan Insan (BPI), dengan kreatifnya telah membawakan aktiviti Smart Circle(SC) ke arah yang lebih menarik kali ini dengan konsep santai tetapi penuh hikmah. HANAMI yang dipilih sebagai nama aktiviti merupakan nafas baru yang boleh diberikan pujian.

    HANAMI yang diadakan di Hadiqah Dauliyyah, Hayyu Sabeik bagi ikhwah dan Hadiqah Hurreyyah, Opera bagi akhawat berjaya menguatkan lagi ukhuwwah yang terjalin sesama ahli PERUBATAN Cawangan Ain Shams(PCS) terutamanya kepada mahasiswa-mahasiswa yang baru menjejakkan kaki di bumi Mesir ini melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti ‘Explorace’, berkelah dan sebagainya.

    “Aktiviti seperti ini banyak memberi manfaat kepada saya dan rakan-rakan tahun satu yang lain kerana ia melibatkan seluruh warga PCS dari tahun 1 sehinggalah tahun 6. Kesempatan tersebut membuatkan saya dan rakan-rakan lain dapat mengenali dan menguatkan ukhuwah diantara senior junior selain daripada pelbagai aktiviti- aktiviti yang menguatkan minda dan tubuh badan,

    -Mohamad Izzat Mohamed Nasir

    hanami-1
                 Gambar 2 : Menunaikan solat secara  berjemaah

    Selain itu, Muhammad Syazwan Fahmi Mohd Helmi yang merupakan pelajar tahun dua berpendapat bahawa program sebegini wajar dijalankan selalu kerana sebagai mahasiswa, kita seharusnya cakna dengan isu-isu semasa dan pengetahuan am agar bersesuaian dengan gelaran mahasiwa yang dipegang supaya ekspektasi masyarakat tidak meleset. Juga sikap kerjasama dan tolong menolong antara ahli SC seharusnya diamalkan bukan di sini sahaja, malah diteruskan ke rumah dan universiti.

    Timbalan Pengarah HANAMI, Nor Salwani Ghazali berkata semua objektif yang disasarkan dalam program ini tercapai dengan kehadiran yang sangat memberangsangkan daripada ikhwah mahupun akhawat. Semoga dengan aktiviti seperti ini bukan sahaja dapat mengeratkan ukhuwwah antara mentor dan mentee dalam SC tetapi merapatkan lagi hubungan dengan ahli SC yang lain.

    HANAMI yang bermaksud melihat bunga adalah adat tradisional Jepun iaitu menikmati keindahan bunga, terutama bunga ceri sakura.Dengan mengadaptasikan konsep tersebut, BPI telah berjaya membuatkan aktiviti SC ke suatu dimensi baharu dalam penganjurannya.

    hanami-2
    Gambar 3 : Peserta sedang khusyuk mendengar                                                                 pengisian

     

    hanami-4
                              Gambar 4 : Sesi Fotografi (akhowat)

     

    Wartawan :  Muhammad Daniell Abqhori Bin Abdul Malek dan Nur Farah Fathira bt Jasni