السلام عليكم ورحمة الله وبركته

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji dan kesyukuran dipanjatkan kepada Ilahi atas nikmat Islam dan iman. Selawat dan salam ke atas junjungan termulia, Nabi Muhammad SAW. Semoga dengan rahmat Allah Taala dan syafaat Nabi SAW membolehkan kita untuk dihimpunkan bersama-sama di syurga-Nya nanti kelak.

Nabi bersabda: ”Menuntut ilmu itu wajib atas setiap Muslim”. (HR. Ibnu Majah)

Dalam hadis ini, Rasulullah SAW dengan tegas menyatakan bahawa menuntut ilmu itu hukumnya wajib atas setiap muslim, bukan bagi sebahagian orang muslim saja.

Ilmu membuat seseorang jadi mulia, baik di hadapan manusia juga di hadapan Allah: ”Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (QS Al Mujaadilah [58] : 11)

Segala puji bagi Allah, keputusan Peperiksaan Akhir Tahun bagi Tahun 1,2,3 dan 4 telah pun diumumkan. Tahniah diucapkan kepada mahasiswa dan mahasiswi yang memperolehi keputusan yang cemerlang dan berjaya naik ke tahun seterusnya. Bagi yang belum berjaya, jangan berputus asa kerana sesungguhnya hakikat orang yang berjaya ialah seseorang yang tidak pernah kenal erti putus asa dan teruskan usaha dengan lebih gigih pada masa akan datang.

Oleh itu, beberapa pemakluman yang ingin pihak Biro Akademik sampaikan iaitu:

Tarikh mula kuliah sesi 2016/2017: -24 September 2016(Sabtu) : Tahun 5

-25 September 2016(Ahad) : Tahun 1,2,3 dan 4

Sebarang perubahan tarikh mula kuliah pihak Biro Akademik akan makluman kepada Unit Akademik Batch masing-masing.

Sinonim dengan bermulanya sesi pengajian yang baru, PERUBATAN khususnya PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS), saban tahun akan melaksanakan program ‘Glow With Flow”. Antara objektif pelaksanaan GWF ini adalah bertujuan untuk: -Memberi pendedahan yang menyeluruh mengenai tahun yang akan diduduki sebagai persediaan awal.

-Berkongsi pengalaman dan tips kecemerlangan daripada senior di samping memantapkan potensi ukhuwah sesama ahli.

-Meningkatkan motivasi dalam kalangan ahli PERUBATAN bagi menghadapi sesi pengajian baru.

Tarikh pelaksanaan GWF adalah bermula dari 2 Oktober 2016 sehingga 15 Oktober 2016 bagi semua batch. Sebarang permasalahan boleh rujuk kepada UCAD Batch masing-masing.

Untuk pengetahuan semua, Fakulti Perubatan telah menerima Vice Dean yang baru, Prof Dr Ashraf Omar Mahmoud, menggantikan Prof Dr Aisha Abou al Futuh. Sebarang permasalahan berkenaan urusan university dan akademik, boleh merujuk kepada: -Ketua Biro Akademik, Razaili bin Razak (ws: +60134012055)

-Timbalan Biro Akademik, Wan Nur Izzati binti Wan Mohd Izzuddin (ws: +201225391278)

-atau, terus kepada UCAD Batch masing-masing.

Diharapkan seluruh ahli PCS dapat memberi komitmen serta menjayakan program yang disediakan sekaligus mencapai objektif-objektif yang telah digariskan dalam melahirkan mahasiswa perubatan yang cemerlang dunia dan gemilang di akhiratnya.

Akhir kalam, InsyaAllah segala baik dan buruk itu kedua-duanya datang daripada Allah S.W.T dan percayalah di atas setiap ketentuan-Nya pasti terkandung beribu hikmah yang tersembunyi. Berdoa dan terus berdoa dan janganlah sesekali berprasangka buruk terhadap-Nya.

Sekian, wassalam.

“PCS, Kita Satu Hati”

“Achieve the Highest, Improve Others”

jai-kr-copy

Razaili bin Razak

Ketua Biro Akademik (BCAD)

PERUBATAN Cawangan Ain shams (PCS) 2016/2017

kr-cikti-copy

Wan Nur Izzati binti Wan Mohd Izzuddin

Timbalan Ketua Biro Akademik (BCAD)

PERUBATAN Cawangan Ain Shams 2016/2017