Getaran telefon bimbit menandakan mesej baru masuk. Dengan malas, tangan mencapai telefon bimbit di sebelah. Kerja-kerja mengisi password bermula. Debaran tanpa henti mengetuk segenap penjuru jantungku. Kalau kira rate of pulse memang dah tak senada seirama. Lama mata tertancap pada papan notifikasi. Terhenti niat asal ingin mengulangkaji. Dengan debaran menggila, jari telunjuk mula memainkan peranannya. Alangkah indahnya rasa. Rindu yang terpendam serta rajuk yang menjengah telah beransur terbang. Entah mengapa, benteng ego seolah hilang ditelan ribut pasir.

“Assalamualaikm..apa khabar? Lama tak dengar khabar.”

Sebaris ayat yang mengganggu ketenteraman malam dingin.

Ya..Menangis. Aku terlalu rindukan sepotong nama ini. Susah, susah benar ingin dilupakan. Berkali-kali terluka, masih menaruh harapan.

“Waalaikummussalam.. Aku bahagia ja dekat sini. Kau teringin tak nak rasa hidup dekat sini?”

“Banyak kau punya bahagia. Aku kat sini tak bahagia kau takda. Jadi isteri akulah. Boleh kau bawak aku pergi sana hari-hari.”

 

Sentap.

 

Gugur air mata tanpa henti. Apa lagi kali ni? Apa lagi ujian kali ini? Aku tak kuat. Menangis. Sebab aku tahu luahan itu tak ikhlas. Entah kali keberapa. Entah. Tak terhitung. Begitu murah cinta di mata engkau. Aku manusia. Menitis lagi air mata kali ini. Entah kali keberapa. Aku cukup penat dengan semua ini.

Awak.. Hati ini hati yang awak hancurkan buat kesekian kalinya. Pedih. Hingga saat ini, tak terbalas. Ku biarkan semuanya terhenti. Aku pergi. Hati yang hancur, berderai dan kali ini lebih parah. Ini bukan soal sebuah permainan. Cinta itu perasaan suci yang Allah hadirkan, tetapi kita sebagai manusia selalu mengotorkannya.

 

 

************************************

 

“Akak, akak kena tolong saya.Akak..saya dah jatuh hati ni akak. Semuanya bermula saat saya kenal dia. Macam mana akak? Hati ini dah sakit. Sakit sangat. Mungkin lagi parah daripada pesakit yang koma akak.”

 

“Ya Allah ukhti, Allah rindu. Allah tempat berjumpa. Allah tempat memohon. Allah rindu ukhti sebenarnya. Baca al-Quran selalu ya..”  balas seniorku sebagai pembuka bicara. Dan, setelah hampir sejam berdialog, kami membawa langkah masing-masing.

 

Senyuman manis yang dihadiahkan tadi meresap jauh ke dasar hati. Ya, Allah. Aku sudah jauh. Benarlah, suasana tarbiah di sekolah dahulu sebenarnya menjauhkan dari penyakit hati yang paling bahaya ini.Iaitu..IKHTILAT.

ikh

************************************

 

Merenung kembali hari semalam sebenarnya memberikan sejuta keinsafan, pengajaran dan kekuatan. Esok kita belum tahu apa khabar iman kita. Ramai yang tertipu dengan arus ini. Benarkah wujudnya tentang perasaan mencintai manusia? Ya, sudah semestinya. Tetapi ramai yang tertipu. Benarkah cinta mereka itu benar-benar cinta?

 

Senarai semak:

  • Aku mencintai Allah melebihi segalanya
  • Cinta aku pada Rasulullah dengan cinta yang sebenarnya
  • Aku mencintai ibu bapa aku dan ingin bahagiakan mereka
  • Mencintai saudara seibu dan sebapa dengan benar-benar menyayangi mereka
  • Mencintai saudara seislam

hati

Cukupkah syarat ini? Kalau belum, tak perlu kau nak fikir cintan-cintun ni. Ada banyak lagi syarat tu. Jatuhnya sesuatu ummah itu kerana lemahnya pemuda mereka. Kita ialah pemuda dan pemudi itu. Sampai bilakah kita ingin hanya mengenangkan kejatuhan khalifah Islamiyah dahulu tanpa kita bangun membinanya? Ianya takkan mampu  dicapai andai hanya seorang yang bangkit.Ia menuntut pengorbanan kita seluruh umat Islam. Bukan hanya tahu menunding jari kau salah aku sahaja yang betul.

Alhamdulillah, Allah izinkan aku untuk sedar. Tapi berapa ramai lagi sahabat sahabiah aku yang masih tenggelam? Tiada istilah cinta Islamik. Never! Kau tak perlu nak buat ajaran baru.Tapi sayang, berapa ramai berani sahut seruan jihad yang sering diperkatakan.Tak ramai.Ramai yang bercakap, aku ingin menjadi salah seorang yang tergolong dalam mereka yang berjihad itu.Ramai… Tetapi berapa ramai yang sanggup bangun malam bertahajud setiap malam? Jujur, solat Subuh pun kadang terbabas. Mana perjuangan kita? Apa usaha kita kalau kita asyik melayan nafsu dunia. Contoh? Kita ubah topik, tak perlu bagi contoh cintan ni..kita bagi contoh demam K-Popers.

 

“Eh, aku perempuan ok. Bukan dosa pun tengok that girl yang pakai sendat-sendat, kain tak cukup tu..” respon klise.

 

Buka balik buku agama cari tajuk aurat.Kalau dah malas sangat kau Google jer. Mak cik google banyak info kan? Dekat situ banyak sangat info dan definisi apa itu aurat dalam Islam.

Berubah tak perlu sekaligus, takut-takut tak istiqamah.Sedikit-sedikit tetapi berterusan. Itu lebih baik.

 

************************************

 

Syukur, aku masih punya peluang untuk kembali. Kembali pada asal tujuan hidup aku. Ya, demi Islam akan aku terus berjuang. Esok belum tentu menjanjikan pelangi, tetapi berusaha melukis pelangi untuk esok terukir indah.

 

“Jadikan akhirat di hatimu, dunia di tanganmu, dan kematian di pelupuk matamu”

-Imam as-Syafie-

 

“Sahabat, aku tahu kau di sana telah bertemu dengan hikmahnya. Aku bahagia untuk kau. Saat kita terpisah, kau telah berjumpa tempat hati kau berpaut, iaitu hanya pada-Nya,” bisikku perlahan.

Aku berjalan menuju ke metro untuk kembali ke Abbasiyah sambil tersenyum. Warkah kali ini dari Jordan mampu membuatku tersenyum kembali. Ya, jauhnya pejabat pos yang terletak di Attaba tidak mengecewakan aku kali ini. Kejutan hari lahir aku kali ini sangat bermakna. Langkah kini semakin laju meninggalkan hari semalam.

 

LAMAN KOLUMNIS | PEMBANGUNAN INSAN

‘Abidatul Akmaliah Binti Khairul Azman
Tahun 1
Kuliah Perubatan
Universiti Ain Shams

Unit Karya
Biro Penerbitan dan Penerangan
PERUBATAN Cawangan Ain Shams