“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan.” (49:6)

Seperti mana ayat di dalam surah al-Hujurat menerangkan kepada kita sebagai muslim tentang kepentingan konsep ‘tabayyun’ iaitu dengan erti kata lain ‘selidik atau siasat’. Kepentingan konsep penyelidikan atau siasatan ini bukan sahaja termaktub kepada tindakan ketika mensabitkan tentang sesuatu hukuman sahaja (supaya tidak tersalah menghukum) bahkan penyelidikan juga berkehendakkan dalam semua tempat dan bidang, contohnya dalam bidang biogenetik terdapat penyelidikan atau siasatan tentang penemuan teknologi melipatgandakan genetik, dalam bidang astronomi adanya kajian tentang penemuan planet kesepuluh dalam sistem Bima Sakti dan sebagainya.

Dengan erti kata lain, Islam sangat menggalakkan umatnya memahami konsep tabayyun dengan lebih menyeluruh dan terpandu lantas mengaplikasikannya dalam kehidupan bermasyarakat. Justeru, Unit Research and Development (RnD) di bawah kelolaan Naib Pengerusi 1 dan 2 PCS pada sesi 2015/2016  telah menjalankan satu kajian lapangan berdasarkan stigma atau dogma yang timbul dalam suasana persekitaran sekeliling. Pengkhususan kajian lapangan kami menjurus kepadadua persoalan umum; iaitu pertamanya tentang ‘Adakah Biro Sukan dan Aktiviti Luar (BSAL) berperanan dalam meraikan minat ahli?’ dan yang keduanya ‘Adakah Majlis Ketua Batch (MKB) berperanan dalam menyatukan ahli’.

 Kami membahagikan sistem kajian lapangan yang dijalankan kepada tiga komponen utama; pre-research(pembinaan problem statement dan initial hypothesis serta membina soalan-soalan berdasarkannya) selama tiga bulan iaitu Jun – Ogos, pro-research(pengumpulan data-data dan maklumat melalui questionnaire, interview, ziarah mahabbah, rujukan universiti-universiti lain) selama empat bulan iaitu September – Disember dan akhir sekali post-research(membina konklusi dan cadangan implementasi) pada bulan Januari (2016). Kami mengambil kaedah cross-sectional study(salah satu kajian pemerhatian terhadap sesuatu populasi pilihan atau subset yang khusus mewakili populasi tersebut secara keseluruhannya tentang impak atau magnitude terhadap sesuatu perkara) dan kaedah pilihan subjek kajian lapangan kami berdasarkan random sampling daripada setiap ahli batch. Berikut merupakan antara dapatan kajian lapangan kami:

a) Kajian lapangan satu: Biro Sukan dan Aktiviti Luar (BSAL)

c2

c3 b) Kajian lapangan dua: Majlis Ketua Batch (MKB)

c4

c5

c6

 

Menurut statistik hasil kajian lapangan satu (BSAL) di atas,kadar bilangan ahli yang meminati permainan yang berunsurkan indoor games melebihi sedikit daripada outdoor games yang mana kita dapat lihat PERUBATAN Cawangan Ain Shams selama ini khususnya Biro Sukan dan Aktiviti Luar hanya memberikan penekanan terhadap aktiviti outdoor games dan kurang meraikan minat ahli yang meminati indoor games secara khusus dan teliti.Tambahan pula, kebanyakan ahli lebih menggemari bermain atau beriadah sesama batch sendiri berbanding batch lain dan ini menunjukkan kuatnya semangat juang dan ikatan dalam sesebuah batch itu sendiri. Justeru ini dapat dijadikan sebagai satu titik permulaan untuk kita cuba menerapkan unsur-unsur permainan yang meninggikan semangat juang sesama batch.

Bagi statistik hasil kajian kedua  (MKB) pula kita dapat lihat keberkesanan MKB dalam penyatuan ahli lebih berfokuskan kepada 2 agenda yang utama; akademik seperti program Stargate, Glow with Flow, tutorial dan EFC serta agenda pembangunan insan seperti program SC gabungan, qiam jamaie dan iftar. Ini membuktikan bahasawanya masih kurang lagi keberkesanan MKB dalam merencana sesuatu program atau usaha yang memartabatkan agenda kebajikan dan ironinya ahli hanya memandang Unit Kebajikan batch hanyalah sekadar kutipan yuran dan juga mungkin sekadar pengurusan pemindahan rumah sahaja. Tiadanya usaha yang progresif dala memahamkan ahli tentang usaha kebajikan yang ditawarkan seperti aliran penggunaan yuran atau kutipan derma kilat dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, kami dapat klasifikasikan keperluan ahli adalah sebenarnya kepada pembangunan insan dan akademik itu sendiri dan tidak mengenepikan juga kehendak ahli kepada kebajikan secara total dan kesatuan (sukan dan aktiviti luar). Seterusnya kita dapat lihat bahawasanya ramai ahli yang mengetahui tentang keperluan menyumbang di dalam batch sekaligus menutup stigma bahasawanya kebajikan yang ditawarkan oleh MKB hanya sekadar kutipan wang sahaja dan mungkin cara yang terbaik untuk memurnikannya adalah dengan membuat siri-siri penerangan kebajikan yang menjadi tawaran kepada ahli.

Kemudian, kita dapat lihat tentang tahap aktivis ahli dalam menjadi penggerak batch masih dalam keadaan yang lemah dan tidak dinafikan merupakan dapatan statistik yang paling tinggi berbanding yang lain, namun kami kira ianya masih berada di tahap yang lemah. Kebanyakan ahli faham tentang kepentingan beraktivis dan menyumbang tetapi tidak ramai yang sudi untuk meyumbang. Dapat dirumuskan bahawasanya masih ramai lagi ahli kita yang bersikap self-centred dan kurangnya kefahaman yang mendalam tentang konsep ‘erti hidup pada memberi’ dan jika tidakmampu memberi banyak berilah sekadar yang termampu dari sudut tenaga, harta mahupun masa itu sendiri.

Penutupnya, segala dapatan maklumat di atas merupakan hasil dapatan kajian lapangan yang dijalankan secara terperinci dan tidak dinafikan juga mungkin terdapat sedikit kecacatan atau kesilapan-kesilapan kami dalam mengendalikan kajian lapangan itu sendiri. Tambahan, berkemungkinan hasil dapatan kajian kami kurang menyeluruh dan hanya mewakili sesetengah pihak sahaja. Namun, apa yang paling penting ialah sejauh mana kesedaran kita? Apakah tindakan kita selepas ini? Perkara ini perlu ditanya kembali kepada diri masing-masing.Sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam keperluan orang muslim itu ada tiga iaitu muzakarah yakni sentiasa memperingati sesama yang lain tentang kebaikan, muraqabahi aitumeletakkan usaha untuk sentiasa mendekatkan diri kepada Allah dan akhir sekali muhasabah sentiasa membuat check and balance setiap amal perbuatan kita dan perlunya kepada satu tindakan iaitu islah(perbaikidiri).

 

‘Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya); dan  hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuanNya akan segala apa yang kamu kerjakan.’ (59:18)

Islah nafsak wadh’u ghairak. Sekian, seeru ala barakatillah.

 

Unit Kajian dan Pembangunan(RND)
Jabatan Naib Pengerusi
PERUBATAN Cawangan Ain Shams
2016/2017