ASFAD 1
Gambar 1 : Acara balapan

ABBASIAH, 18 April – Bahang Ain Shams Family Day (ASFaD) masih terasa biarpun majlis penutup baginya telah diadakan di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah tempoh hari. Malah, program yang menjadi lambang kesatuan bagi mahasiswa Malaysia di Universiti Ain Shams sejak tahun 2012 ini juga dilihat telah melalui fasa-fasa perubahan serta pengolahan idea baharu. ASFaD di bawah kelolaan Biro Sukan dan Aktiviti Luar (BSAL) pada tahun ini cuba memberi peluang yang lebih luas melalui penganjuran pelbagai jenis aktiviti agar ia dapat disertai oleh segenap lapisan ahli hasil kajian daripada Research and Development (RND) PCS .

ASFAD
Gambar 2 : Sesi fotografi setelah selesai majlis penutupan ( Ikhwah) 
ASFAD 2
Gambar 3 : Sesi fotografi setelah selesai majlis                                                penutupan (Akhowat)

Krew mediaPERUBATAN yang membuat liputan sepanjang ASFaD 2016 sempat menemuramah Pengarah ASFaD 2016, Saudara Abdullah Mustafa bin Azenan untuk mendapatkan respon beliau tentang beberapa persoalan mengenai program ini, terutamanya perihal penglibatan ahli. “ Masalah dari sudut keterlibatan ahli menjadi cabaran besar buat jawatankuasa pelaksana apabila pada awalnya ia disertai oleh beberapa orang sahaja. Namun akhirnya masalah ini berjaya diselesaikan apabila semua ketua kontinjen menunjukkan kesungguhan dan komitmen untuk menjayakan program ini dengan sebaiknya”.

 

Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, ASFaD 2016 membawa suatu dimensi baru dalam penganjurannya. Bertemakan ‘We Are Elated Because We Are Related’, program yang telah diadakan selama empat hari ini padat dengan variasi aktiviti yang merangkumi minat ahli PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS) yang pelbagai. Perubahan konsep ASFaD pada kali ini dilakukan seiring dengan penekanan aspek kesatuan dalam pembawaan Pengerusi PCS sesi 2016/2017, Saudara Muhammad Amiruddin bin Suhaini, sekaligus meraikan objektif asalnya iaitu untuk memperkukuh ikatan ukhuwah dalam kalangan ahli.

“ Inovasi yang diimplementasikan dalam ASFaD kali ini dengan menggunakan teknikal batch telah berjaya membawa ahli untuk turun menyertai semua aktiviti yang telah dianjurkan. Saya kira program seumpama ini dapat membina covalent bond dalam membentuk kesatuan ahli yang jitu seterusnya merealisasikan gagasan PERUBATAN untuk semua. Jutaan terima kasih dan tahniah kepada AJKP ASFaD khususnya dan seluruh warga PCS amnya”, jelas Saudara Muhammad Amiruddin kepada Krew mediaPERUBATAN apabila diminta memberi respon tentang penganjuran program ini.

ASFAD 4
Gambar 4 : Acaraa indoor(ikhwah)

PCS juga dilihat semakin maju mengorak langkah ke hadapan apabila melancarkan sebuah kempen yang diberi nama Fiesta Satu Hati di mana pelbagai pengisian telah dirancang bersempena dengannya, dan di antaranya adalah ASFaD itu sendiri.

Wartawan :Nur Nadhira Fadzlin binti Md Hanafiah