image بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam kerana dengan limpah kurniaNya kita masih diberikan nikmat yang paling berharga iaitu nikmat Iman dan Islam. Tidak dilupakan, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Salallahu ‘Alaihi Wasallam.

Patah tumbuh hilang berganti. Dengan perletakan jawatan pimpinan sesi 2015/2016 dalam Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) PERUBATAN Cawangan Ain Shams kali ke-3 pada 26 Februari lalu, maka, telah rasmilah kenaikan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Ain Shams bagi sesi 2016/2017. Merujuk kepada Perlembagaan PERUBATAN bab ke-4, fasal 28, Nombor 1(c), iaitu : 1 (c) Pembahagian jawatan-jawatan dalam kalangan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan akan ditentukan oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan dalam mesyuarat pertama selepas Mesyuarat Tahunan Cawangan kecuali jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi.

Melalui perbincangan dalam mesyuarat pertama bersama AJKT PERUBATAN Cawangan Ain Shams, semua telah pun bersetuju untuk melantik 7 orang ahli Lembaga Penasihat dan AJKT sesi 2016/2017 memegang portfolio seperti berikut :

AHLI LEMBAGA PENASIHAT:

  1. Abdullah Aqiel bin Aminuddin
  2. Zulkifli bin Ab. Rahim
  3. Mohd Nasrun bin Mohd Nizam
  4. Syuhada binti Azhar
  5. Siti Hajar binti Ahmad Azhar
  6. Nurhidayati binti Basril
  7. Nurul Izzati binti Muhammad Fuad

AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI (AJKT)

1.PENGERUSI
Muhammad Amiruddin bin Suhaini

2.TIMB. PENGERUSI
Irshafinah binti Jamaludin

3.NAIB PENGERUSI 1
Mohd Khairil Ashraf Bin Muhammad Fisal

4.NAIB PENGERUSI 2
Nur Fatini binti Azman@Nasir

5.SETIAUSAHA
Rusydi Amin bin Yusuf

6.TIMB. SETIAUSAHA
Nor Fauziatun binti Mohd Fauzi

7.BENDAHARI
Mohd Aiman bin Amran

8.TIMB. BENDAHARI
Nur Fatin Izzaty binti Mohd Shurkeri

9.KETUA BIRO AKADEMIK
Razaili binti Razak

10.TIMB. KETUA BIRO AKADEMIK
Wan Nur Izzati Binti Wan Mohd Izzuddin

11.KETUA BIRO PEMBANGUNAN INSAN
Muhammad Rafiq Bin Rosidi

12.TIMB. KETUA BIRO PEMBANGUNAN INSAN
Izzatul A’lia Fuzlina binti Kamaruddin

13.KETUA BIRO KEBAJIKAN
Muhammad Shafiq bin Kadir

15.TIMB. KETUA BIRO KEBAJIKAN
Nurul Husna binti Ishak

16.KETUA BIRO PENERBITAN DAN PENERANGAN
Mohammad Azran bin Mat Rashid

17.TIMB. KETUA BIRO PENERBITAN DAN PENERANGAN
Nurul Madiha Binti Hamidon

18.KETUA BIRO EKONOMI
Dhiror bin Zulkifli

19.TIMB. KETUA BIRO EKONOMI
Husnul Khotimah binti Farhan

20.KETUA BIRO PERUMAHAN
Luqman Hakim bin Badrul Hisham

21.TIMB. KETUA BIRO PERUMAHAN
Rabiatul Adawiyah binti Saad

22.KETUA BIRO SUKAN DAN AKTIVITI LUAR
Muhammad Afif Afnan bin Ishak

23.TIMB. KETUA BIRO SUKAN DAN AKTIVITI LUAR
Atikah Binti Musa

Semoga pimpinan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Ain Shams sesi 2016/2017 terus bersemangat dalam menggalas amanah yang diberikan oleh Allah. Kami juga berharap agar semua ahli PERUBATAN Cawangan Ain Shams dapat memberikan sokongan dan dorongan yang jitu kepada semua AJKT bagi meneruskan momentum yang berterusan hingga ke pengakhiran. Marilah sama-sama kita mendoakan agar segala gerak kerja yang dilakukan ini memberi manfaat kepada semua pihak bukan sahaja di dunia bahkan juga di akhirat.

Siiru ‘Ala Barakatillah.

Sekian, terima kasih.

” PCS, Kita Satu Hati ”

ameq
Muhammad Amiruddin bin Suhaini
Pengerusi
PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS)
2016/2017

pinah
Irshafinah binti Jamaludin
Timbalan Pengerusi
PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS)
2016/2017