12607392_730770713723180_651510255_n

Hayyu Thamin, 17 Januari – Meskipun hampir sebahagian ahli Medical Team tahun lima yang mendaftar sebagai peserta perlu berhadapan dengan ‘end round’ bagi subjek Tropical Medicine, hal itu tidak menjadi suatu masalah apabila mereka terus bergegas ke Hadiqah Dauli setelah tamat peperiksaan untuk menjayakan Medical Team Explorace (MTX) anjuran Unit Medical Team PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS).

MTX yang dijadualkan bermula pada jam 1.00 petang itu bagaimanapun perlu dilewatkan sedikit kerana ingin memberi ruang kepada ahli yang menghadapi peperiksaan dan beberapa orang ahli tahun empat yang mempunyai kuliah pada hari kejadian untuk bergerak ke tempat program. Krew mediaPERUBATAN turut dimaklumkan terdapat peserta yang tersesat kerana mereka masuk dari pintu pagar yang berbeza. Namun masalah tersebut terus mendapat respon ahli jawatankuasa pelaksana yang kemudiannya berusaha untuk memberi tunjuk arah yang sebenar kepada para peserta.

12562795_593464240805599_1140446128_o

Kemeriahan semakin terasa apabila semua peserta yang memakai kemeja-T Medical Team dan baju biru sebagai warna tema program mula memenuhi tempat perkumpulan di Hadiqah Dauli dan masing-masing kelihatan bersemangat untuk memulakan explorace. Krew mediaPERUBATAN juga sempat menemuramah salah seorang peserta yang mengikuti program ini. Saudari Nurul Fadhlin Mohammad Ali berkata, beliau cukup teruja dengan penganjuran program ini kerana dapat berkenalan dengan ahli-ahli baru dan lama Medical Team malah inilah faktor terbesar yang membuatkan beliau berkobar-kobar untuk mendaftarkan diri.

“ Program Alhamdulillah berjalan lancar walaupun terlewat sedikit daripada jadual asal. Sambutan dan sokongan hebat yang diberikan daripada para peserta serta PCS sendiri membuatkan kami AJKP berasa dihargai dan bersemangat untuk menjalankan tugas yang diamanahkan ”, jelas Saudara Muhammad Syafiq Mansor selaku pengarah program ketika diminta mengulas tentang sambutan ahli terhadap MTX.

Bertemakan ‘Explore, Enlighten, Enjoy’, MTX memberi ruang kepada ahli-ahli baru dan lama untuk saling berkenalan melalui kumpulan yang dibahagikan dalam explorace, di samping perlu menyelesaikan semua tugasan yang ditetapkan di setiap stesen. Program ini turut menjadi medium kepada Ahli Jawatankuasa (AJK) Unit Medical Team sesi 2015/2016 untuk memberi penghargaan kepada ahli bagi kategori Ahli Terbaik dan Kumpulan Small Group Discussion (SGD) Terbaik bagi Novice dan Junior melalui sistem merit yang dijalankan sepanjang sesi. Semoga dengan terlaksananya program ini, semua peserta berpeluang untuk memperoleh pelbagai manfaat untuk diri sendiri supaya dapat meneruskan kelangsungan Medical Team di PCS.

12583744_730770860389832_739219178_n

 

12571224_730770597056525_849286917_n