“Pakcik nak beli dengan RM100.”

Tersentak aku mendengar kata-kata pakcik tersebut.

Seperti biasa aku menolong ibu berniaga. Ibu membuka gerai makanan dan minuman di pasar minggu pada setiap hari selasa.

images

Hari ini seorang pakcik datang ke gerai aku dan ingin membeli secawan air jambu batu. Selepas aku mengisi secawan air jambu, aku menghulurkan cawan tersebut.

“RM1 sahaja pakcik,” aku memaklumkan pakcik tersebut sambil tersenyum.

“Pakcik nak beli dengan RM100,” jawab pakcik itu membalas senyuman aku.

“Eh, bukan pakcik. Saya jual dengan harga RM1 sahaja. Bukan RM100,” aku menjawab dengan cemas.

“Tak apa. Pakcik nak beli dengan RM100 juga,” tegas pakcik tersebut.

Perniagaan Yang Tidak Berpadanan

إِنَّ اللَّهَ اشتَرىٰ مِنَ المُؤمِنينَ أَنفُسَهُم وَأَموالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الجَنَّةَ ۚ يُقاتِلونَ في سَبيلِ اللَّهِ فَيَقتُلونَ وَيُقتَلونَ ۖ وَعدًا عَلَيهِ حَقًّا فِي التَّوراةِ وَالإِنجيلِ وَالقُرآنِ ۚ وَمَن أَوفىٰ بِعَهدِهِ مِنَ اللَّهِ ۚ فَاستَبشِروا بِبَيعِكُمُ الَّذي بايَعتُم بِهِ ۚ وَذٰلِكَ هُوَ الفَوزُ العَظيمُ

[Surah At-Taubah : 111]

Maksud: Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.

Perniagaan ialah pertukaran barang dengan barang atau pertukaran barang dengan perkhidmatan. Dalam ayat al-Quran dia atas, Allah S.W.T. menggunakan kata membeli dari hamba-Nya. Barang yang ingin dibeli oleh Allah S.W.T. dari hamba-Nya adalah seluruh diri mereka dan harta benda mereka. Imbalan yang akan ditukar dengan barang tersebut adalah syurga.

download

Syurga? Berbaloikah?

Banyak ayat al-Quran dan Hadis Nabi yang menceritakan perihal syurga. Namun penggambaran yang diberikan dalam al-Quran dan Hadis hanyalah perumpamaan bagi memudahkan manusia memikirkan keindahannya. Adapun hal yang sebenar adalah terlalu hebat dan tidak tercapai akal manusia untuk memikirkannya.

Hadis riwayat Abu Hurairah RA, berkata:

Dari Nabi S.A.W., baginda bersabda: Allah S.W.T. berfirman: Aku sediakan untuk hamba-hamba-Ku yang soleh sesuatu yang belum pernah dilihat oleh mata dan tidak pernah didengar oleh telinga serta tidak terdetik dalam hati manusia. Bukti kebenaran itu terdapat dalam al-Quran: Seorang pun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyenangkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan. (Sahih Muslim No 5050)

Hadis riwayat Abu Said Al-Khudri R.A. :

Bahawa Nabi S.A.W. bersabda: Sesungguhnya Allah S.W.T berfirman kepada penghuni syurga: Hai penghuni syurga! Mereka menjawab: Kami penuhi seruan-Mu wahai Tuhan kami, dan segala kebaikan ada di sisi-Mu. Allah melanjutkan: Apakah kalian sudah merasa puas? Mereka menjawab: Kami telah merasa puas wahai Tuhan kami, karena Engkau telah memberikan kami sesuatu yang tidak Engkau berikan kepada seorang pun dari makhluk-Mu. Allah S.W.T. bertanya lagi: Mahukah kalian Aku berikan yang lebih baik lagi dari itu? Mereka menjawab: Wahai Tuhan kami, apa yang lebih baik dari itu? Allah S.W.T. menjawab: Akan Aku limpahkan keredaan-Ku atas kalian sehingga setelah itu Aku tidak akan murka kepada kalian untuk selamanya. (Sahih Muslim No.5057)

Siapa Yang Rugi, Siapa Yang Untung?

Namun begitu, perniagaan ini tidak sama sekali memberi faedah atau mudarat kepada Allah S.W.T. berbeza dengan perniagaan oleh manusia. Tiada istilah rugi dan untung bagi Tuhan yang menamakan diri-Nya dengan (الغني): Yang Maha Cukup.

لَهُ ما فِي السَّماواتِ وَما فِي الأَرضِ ۗ وَإِنَّ اللَّهَ لَهُوَ الغَنِيُّ الحَميدُ

[Surat Al-Hajj 64]

Maksud: Segala yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaanNya. Dan sesungguhnya Allah, Dia lah jua Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.

Dalam hal ini yang sebenar-benarnya untung dan rugi adalah manusia. Jika manusia melakukan jual beli ini, maka mereka akan mendapat kesenangan di syurga. Manakala yang memilih jalan sebaliknya akan diazab di akhirat kelak.

الَّذينَ قالَ لَهُمُ النّاسُ إِنَّ النّاسَ قَد جَمَعوا لَكُم فَاخشَوهُم فَزادَهُم إيمانًا وَقالوا حَسبُنَا اللَّهُ وَنِعمَ الوَكيلُ

[Surah Ali Imran: 147]

Maksud: Sesungguhnya orang-orang yang membeli (memilih) kufur dengan meninggalkan iman tidak sekali-kali mereka akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Betul Ke Ni?

“Pakcik jangan main-main dengan saya pakcik. Air ni RM1 sahaja,” kata aku dengan nada bergurau.

“Betul la. Pakcik nak bayar dengan RM100. Awak ambillah, lagipun pakcik kena pergi beli barang lain pula ni,” tegas pakcik itu sambil menghulurkan nota RM100.

Dalam hati aku bermacam persoalan timbul. Apakah keputusan yang perlu diambil? Takut juga jika pakcik tersebut memberi duit palsu.

Kepercayaan Dengan Janji Allah

pokok_lalang

Perniagaan yang berat sebelah ini adalah terlalu besar dan tidak tercapai dengan akal kita. Sekalipun begitu, bayarannya yang mahal bagi kita turut menjadi titik tolak penerimaan kita. Beberapa perkara yang perlu kita fahami adalah seperti berikut:

1.Allah tidak akan menzalimi hamba-Nya

مَن عَمِلَ صالِحًا فَلِنَفسِهِ ۖ وَمَن أَساءَ فَعَلَيها ۗ وَما رَبُّكَ بِظَلّامٍ لِلعَبيدِ

Maksud: Barangsiapa yang melakukan amal kebaikan maka (amal tersebut) untuk dirinya, dan barangsiapa yang melakukan keburukan, maka (dosa melakukan keburukan) adalah keatasnya. Dan Tuhanmu tidak menzalimi hanba-Nya.

2. Janji Allah adalah pasti

رَبَّنا إِنَّكَ جامِعُ النّاسِ لِيَومٍ لا رَيبَ فيهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ لا يُخلِفُ الميعادَ

Maksud: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya”. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.

  1. Allah akan menolong hamba-Nya

فَاصبِر إِنَّ وَعدَ اللَّهِ حَقٌّ وَاستَغفِر لِذَنبِكَ وَسَبِّح بِحَمدِ رَبِّكَ بِالعَشِيِّ وَالإِبكارِ

Maksud: Maka bersabarlah (wahai Muhammad, dalam perjuangan menegakkan Islam); sesungguhnya janji Allah (untuk menjayakanmu) adalah benar. Dan pohonlah ampun bagi salah silapmu, serta bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu pada waktu pagi dan petang.

  1. Rebut peluang sementara yang masih ada

ها أَنتُم هٰؤُلاءِ تُدعَونَ لِتُنفِقوا في سَبيلِ اللَّهِ فَمِنكُم مَن يَبخَلُ ۖ وَمَن يَبخَل فَإِنَّما يَبخَلُ عَن نَفسِهِ ۚ وَاللَّهُ الغَنِيُّ وَأَنتُمُ الفُقَراءُ ۚ وَإِن تَتَوَلَّوا يَستَبدِل قَومًا غَيرَكُم ثُمَّ لا يَكونوا أَمثالَكُم

Maksud: (Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian- kamu diseru supaya menderma san membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada diantara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya ia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun) sedang kamu semua orang miskin (yangsentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal). Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak berkeadaan seperti kamu.

Kesimpulan

Oleh itu kita hendaklah sentisa bersedia dan bergegas dalam melakukan perniagaan ini dengan Allah S.W.T. Semoga kita tergolong dalam golongan yang bahagia kelak.

وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسولَ فَأُولٰئِكَ مَعَ الَّذينَ أَنعَمَ اللَّهُ عَلَيهِم مِنَ النَّبِيّينَ وَالصِّدّيقينَ وَالشُّهَداءِ وَالصّالِحينَ ۚ وَحَسُنَ أُولٰئِكَ رَفيقًا

Maksud: Dan sesiapa yang taat kepada Allah san RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang Siddiqin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).

MINDA PIMPINAN

Hanif bin Khairuddin
Tahun 5
Kuliah Perubatan
Universiti Ain Shams

Ketua Biro Pembangunan Insan
PERUBATAN Cawangan Ain Shams 2015/2016

 KENYATAAN Artikel ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendapat PERUBATAN Online