بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم و رحمة الله وبركاته

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya kita masih lagi dapat bernafas menghirup udara segar petanda musim sejuk telah kunjung tiba. Tidak dilupakan juga, selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. kerana dengan usaha Baginda, kita umat manusia masih terus dapat menikmati nikmat iman dan Islam hingga ke hari ini.

Sedar tidak sedar, sudah melebihi sebulan sesi akademik yang baharu bermula. Dalam fatrah kini, ramai yang sudah mula menduduki peperiksaan kecil-kecilan dan juga yang baru sahaja selesai menduduki peperiksaan akhir tahun bagi pelajar tahun 5. Bersempena cuti panjang setelah selesai peperiksaan akhir tahun, salah seorang daripada AJKT PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS) iaitu Ketua Jabatan Setiausaha, Saudara Muhammad Hayyan Affiq Bin Muhammad Lutfi telah pulang ke Malaysia dan tidak dapat menjalankan tugasan seperti biasa. Jawatan beliau akan dipangku oleh sahabat seperjuangan, Ketua Biro Sukan dan Aktiviti Luar, Saudara Muhammad Rafiq Bin Rosidi.

Pemangkuan ini akan terus digunapakai bermula dari sekarang dan akan tamat sejurus sahaja AJKT terbabit pulang semula ke Mesir. Oleh itu, sebarang urusan dan permasalahan berkaitan jabatan terbabit, bolehlah merujuk kepada pemangku yang telah ditetapkan.

Sekian, wassalam.

“PCS, Kita Satu Hati”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”
“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

 


Zulkifli Bin Ab. Rahim
Pengerusi
PERUBATAN Cawangan Ain Shams
2015/2016


Faten Sakinah binti Shawaruddin
Timbalan Pengerusi
PERUBATAN Cawangan Ain Shams
2015/2016