بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم و رحمة الله وبركاته

Setinggi-tinggi lafaz syukur dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izinNya, kita semua masih mampu bernafas sebagai hamba, daie dan khalifah di atas muka bumi ini. Seterusnya, selawat dan salam kepada junjungan mulia, Nabi Muhammad S.A.W., utusan Allah yang juga merupakan pedoman jua teladan sepanjang zaman buat ummah.

Allah S.W.T berfirman, yang bermaksud ;
“ Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui. ” (Al-Baqarah : 261)

Bertepatan dengan ayat al-Quran di atas, kita sedar bahawa setiap harta yang diinfakkan untuk membantu memudahkan gerak kerja dan kebajikan orang lain, akan dibalas dengan sebaik-baik ganjaran daripada Allah S.W.T. Tidak terhenti di situ, Allah S.W.T. turut mengurniakan pahala bagi sesiapa yang ikhlas menginfakkan hartanya untuk membantu meringankan beban orang lain.

“ Orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah, kemudian tidak mengiringi apa yang dia infakkan itu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati. ” (Al-Baqarah : 262)

Bermula pada hari pengumuman Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) tempoh hari, pihak Jabatan Bendahari PCS memulakan langkah untuk mengutip yuran tahunan PERUBATAN daripada semua ahli PCS seperti yang termaktub dalam Perlembagaan PERUBATAN Fasal 8, Perkara 1 yang menyebut;
“Setiap ahli perlu membayar yuran pendaftaran keahlian sebanyak 5 (lima) Egyptian Pound dan yuran tahunan sebanyak 20 (dua puluh) Egyptian Pound.”

Justeru, pihak Jabatan Bendahari dengan ini meneruskan kutipan yuran PERUBATAN daripada semua ahli bermula pada 23 November sehingga 20 Disember 2015 ini. Ahli boleh menjelaskan yuran tersebut kepada Ketua Batch atau Timbalan Ketua Batch, Bendahari Batch, dan Bendahari PCS.

Segala bentuk kerjasama yang diberikan kami dahului dengan ucapan Jazakumullah Khairan Jaza’. Semoga dengan keterlibatan semua ahli dalam menjelaskan yuran PERUBATAN dapat memberi sinar harapan yang lebih cerah kepada PCS untuk mengorak langkah dengan lebih jauh dan dapat mengadakan aktiviti yang dapat memberi manfaat kepada semua ahli dalam usaha untuk mengejar redha Allah S.W.T.

Siiru ‘ala barakatillah.

Sekian, terima kasih.

“PCS, Kita Satu Hati”
“ Pengurusan Kewangan Berkualiti, Kredibiliti PERUBATAN Diperakui ”

image
Rusydi Amin Bin Yusuf
Bendahari
PERUBATAN Cawangan Ain Shams
2015/2016

image
Nurul Izzati Binti Muhammad Fuad
Timbalan Bendahari
PERUBATAN Cawangan Ain Shams
2015/2016