‘Along datang satgi ye. Tunggu jap je.’

“Doc! Quickly!”, panggil pula jururawat lain. Urgent benar nampaknya walaupun sekejap. Kes apa pula kali ini yang terjah.

Berlari.

* * *

Di emergency room.

Suasana hingar bingar sekali. Biarpun aku jejak kaki ke Boston selepas bergelar Cardiosurgeon, tiada bedanya suasana di HUKM mahupun di sini.

‘Asalkan namanya ER, inilah makanan yang engkau hadapi Adam, apa lagi yang engkau expect!’ momokku dalam bisu.

“What happened to the patient? Spit it in the second”, ujarku. Lekas.

“The patient is a 25 year old man. At swimming pool, he suddenly lost consciousness and fainted. But, now he keeps slipping in and out of consciousness doc”, balas intern itu.

“Hello, what is your name? Hello!”
, uh, tiada respon.

Terus aku letak dua jari ke arteri karotid untuk semak nadi yang berbaki.

Ini!

“Ah, it’s cardiac arrest! Resuscitate now! Inject epinephrine and increase oxygen concentration.”, arahku sambil ligat mataku lihat ke arah intern yang sibuk turun naik menekan dada patient .

Tenat.

Apakah?

” Doc, it’s ventricular fibrillation!” ujar salah seorang doktor dari team aku.

 “Defibrillator! Charge 200 mv!”

Terus!

“One. Two. Three. SHOCK!”

Tak kembali lagi.

“Again! Shock!”

Terus detik cemas itu berlalu kira-kira hingga 5 minit barulah nadi kembali seperti normal. Andai selepas defibrillation kemudiaan cardiopulmonary resuscitate pun tak berjaya dalam masa 10 minit VF berlaku, the chances of survival will be zero!

Seingat aku, setiap tahun hampir sebanyak 350 000 rakyat Amerika mati akibat sakit jantung. Sudden cardiac arrest seperti Ventricular Fibrillation (VF) ialah situasi yang sering kena kami hadap hari-hari di ER.

“We got his heartbeat back. But we still need to deal with his myocardial infarction and cardiac failure.”, kataku dengan deras. Setiap saat ialah jauh lebih tinggi dari emas waktu ini.

“He needs surgery right now. Get a room ready”, ujar Doktor Maria, pakar ER yang baru saja datang selepas situasi cemas tadi.

Dia juga baru saja selesai mengenakan pesakit pendarahan serebrum dengan mannitol. Sekarang dilepaskan kepada neurosurgeon yang bertugas untuk segera menghentikan pendarahan itu dengan segera, andai tidak otak mangsa akan keluar ke liang lahad foramen magnum dan menekan saraf tunjang.

Hah, waktu itu dengan pesakit sekali akan ke liang lahad yang sebenar andai terlambat sesaat.

“You will do it the operation, Cardiosurgeon Adam?”, tanya Dr. Maria.

“Yes, I am. Firstly, get ready for coronary angioplasty and an echocardiogram. Let’s go!”, balasku kepada Dr. Maria sambil ujaranku turut dilontar segera kepada teammate aku.

“Emergency. Code blue room 3489. Code blue room 3489. Code blue room 3489”, tiba-tiba pembesar suara berbunyi.

‘Code blue lagi’

Sekejap.

Itu bilik ibu!

* * *

Di bilik 3489. Sejam selepas kod biru.

Bersama denganku ialah Professor Park Smith, pakar bedah saraf yang in charge pesakit Puan Siti Mariam.

Siti Mariam bukan sekadar seukir nama biasa-biasa padaku. Selepas aku mendapati kajian Prof. Park berkaitan penyakit ibuku pada tiga bulan lalu, terus aku daftar ibuku untuk berada di bawah clinical trial beliau.

Dengan harapan.

Sembuh.

Pulih.

“You know what, having your mom here is really fortunate for you. The registration is easier as you are one of employee here.”, ujar prof.

“But what happened just now? How come your drug NX27D make my mom got atrial fibrillation? What’s with your promise? Does any malpractice is applied to her!”, balasku dengan bertubi-tubi.

Kecewa. Sikit tergores di benakku ini.

“What the! Your mom is having glioblastoma multiforme grade 4. The most aggressive tumor in this era! And when your mom is just here, she already developed anaplastic astrocytoma. Even, I success to remove most tumor from her brain and merely reach the tumor from the midbrain, still those miracles that we are hoping isn’t possible at all!”, balas dia.

Sentap. Ada benarnya apa yang dia bilang.

“This is time to give up. I’m sorry to say this. All the treatment just make your mother suffer more. We need to proceed with . . .”, henti seketika kata-kata prof. Seakan-akan mengambil sehela nafas.

Tak mungkin!

“E-U-T-H-A-N-A-S-I-A ! I will administer your mom with cyanide poisoning RIGHT NOW. She will die mercifully.”

“Your mom, has right to die!”

Tak.

Tak mungkin! ! !

death-and-life
Adakah sama dengan bunuh diri?

* * *

Setelah mendengar secara teliti pelbagai pandangan dan pendapat pakar-pakar perubatan dan mengamati pelbagai risalah  medikologi sehinggalah  ke dokumen-dokumen keagamaan serta falsafah yang hidup sepanjang peradaban ini mana mungkin euthanasia boleh bisa diterima mudah oleh sesiapa yang menggelarkan diri mereka seorang insani yang manusiawi.

Namun, sebelum kita berlayar panjang menelaah bersama apa ini barang dalam makalah ringkas ini, alangkah eloknya kita rungkai dulu persefahaman kita mengenai manifestasi tentang euthanasia.

APAKAH EUTHANASIA?

Ketika sejarawan Roman, Suetonius menghurai mengenai Maharaja Agustus pernah disebut dalam sebuah catatan buku karangan Philippe Letellier pada bab: History and Definition of a Word, in Euthanasia: Ethical and Human Aspects :

” mati dengan cepat dan tanpa mengalami di tangan isterinya, Livia, mengalami ‘ euthanasia ‘ dia telah mahu akannya ”

Secara jelasnya inilah kali pertama euthanasia disebut secara terang dan dapat disepakati di sini, betapa asalnya fahaman ini datang datang dari peradaban lama Greek suatu ketika dahulu. Ketika ditanya kepada orang-orang Greek ketika itu, maka Euthanasia dipanggil dengan dua patah kata yakni eu dan thanatos serta istilah yang lebih lunak iaitu ‘Merciful Killing’ – kematian yang baik dan bermaruah.

Namun, bagi kita memahami secara lebih mendalam tentang Euthanasia maka saya akan cerakinkan fahaman ini kepada empat konsep yang mendasari maknanya.

Pertama, menurut kamus Bioethic Dictionary yang dipetik oleh Kiarash Aramesh dan Heydar Shadi, euthanasia ialah kaedah mempercepatkan kematian dengan belas kasihan yang terhad kepada tindakan sengaja untuk membunuh seseorang yang tercedera atau sakit yang tiada harapan sembuh. Antara tafsiran lain ialah ianya sebagai perbuatan mengakhiri hayat pesakit yang menghidap penyakit kronik berdasarkan kepada sesuatu kepentingan.

Kedua, falsafah Mercy killing disebalik mencorakkan istilah ini pula merujuk kepada pembunuhan yang bermotifkan belas kasihan dan dilakukan oleh saudara atau teman kepada pesakit atas permintaannya.  Berbeda dengan frasa Suicide yang merupakan terma kepada membunuh diri sendiri dengan sengaja.

Ketiga, manifestasi istilah ini berdasarkan Ensiklopedia Fikah Perubatan yang dalam bahasa arabnya dikenali sebagai   القتل الشفقة atau الر حيم القتل  membawa kepada erti suatu keadaan di mana seseorang yang diserang penyakit kronik seperti kanser serta tiada harapan untuk sembuh diakhiri hayatnya agar kesengsaraannya dapat dipendekkan. Klasifikasi berdasarkan Fikah Perubatan digambarkan melalui tiga rangkaian aspek berikut iaitu :

  1. Pesakit diberikan ubat yang sangat kuat dalam dos yang tertinggi dan boleh membunuh pesakit;
  2. Dalam keadaan pesakit bergantung secara total kepada alat pernafasan, alat ini dicabut dan akan memberhentikan pernafasannya serta menyebabkan kematian segera; dan
  3. Dalam keadaan di mana usaha yang berterusan untuk menyembuhkan penyakit dibuat sedangkan ia tidak memulihkan pesakit, usaha ini diberhentikan dan ia akan menyebabkan kematian.
enthanasia
Cyanide antara bahan yang digunakan

Keempat, dari perspektif dunia medik, sudut pandang Euthanasia diketahui dengan lebih umum sebagai physician-assisted suicide. Istilah ini merujuk kepada perbuatan membunuh diri yang dilakukan dengan bantuan pengamal perubatan. Pengamal perubatan memberikan cara dan bahan untuk membunuh dengan kebenaran dari pesakit.

Dari fahaman ini, Euthanasia dibahagikan pula pada empat terma yang mempunyai berlainan wasilah iaitu :

  1. Euthanasia Voluntary (Sukarela)

Merujuk kepada perbuatan menghentikan kehidupan pesakit dengan izin pesakit tersebut. Pesakit akan membuat keputusan sendiri sewaktu dia masih sedar untuk menghentikan kehidupannya jika keadaan lebih teruk dialami. Pesakit juga boleh mebuat keputusan secara betulis untuk menjalankan euthanasia sekiranya dia mengalami kesakitan yang teruk.

Sumber : e-fatwa

     2.  Eutanasia Non-Voluntary (Bukan Sukarela)

Orang yang tidak boleh membuat keputusan atau tidak boleh membuat hasrat mereka diketahui. Ini termasuk kes-kes seperti :

1. Koma
2. Bayi
3. Nyanyuk
4. Terencat akal
5. Severe brain damage
6. Mental tidak stabil

Sumber : http://www.bbc.co.uk/ethics/euthanasi

      3. Eutanasia Involuntary (Luar Kawalan)

Kematian rahmah adalah sukarela apabila ia dilakukan ke atas seseorang yang akan mampu untuk memberi atau menahan persetujuan mati sendiri tetapi dalam kes ini tidak memberikan kebenaran sama ada kerana dia tidak meminta atau kerana dia diminta tetapi membunyikan kebenaran yakni mahu terus hidup. Tindakan ini berdasarkan tanggapan yang kuat bahawa euthanasia adalah pilihan terbaik bagi si pesakit daripada membiarkannya terus dalam kesakitan.

Sumber : Euthanasia Fact Sheet by World Federation of Right to Die Societies

       4. Eutanasia Indirect (Tidak Langsung)

Merupakan keadaan di mana kematian berlaku implikasi daripada rawatan yang diterima. Rawatan yang diberikan tidak bertujuan untuk menghentikan hayat, tetapi tanpa dirancang ia meninggalkan kesan sampingan tak dijangka, iaitu kematian kepada pesakit. Ia juga disebut sebagai double-effect medication.

Eutanasia juga boleh dibahagikan kepada dua jenis berdasarkan kepada kaedah yang digunakan seperti berikut:

  1. Eutanasia Aktif (Active Euthanasia); memberikan rawatan bertujuan untuk menghentikan hayat pesakit seperti memberikan ubat-ubatan yang mempunyai implikasi yang lebih teruk supaya hayat pesakit lebih cepat dihentikan; dan
  2. Eutanasia Pasif (Passive Euthanasia); menghentikan rawatan seperti berhenti memberikan ubat-ubatan atau penggunaan alat bantuan seperti alat bantuan pernafasan untuk menghentikan hayat.

Oleh yang demikian, euthanasia boleh berlaku seperti berikut:

  1. Active Voluntary Euthanasia; contohnya, renjatan elektrik diberikan atas permintaan pesakit.
  2. Passive Voluntary Euthanasia;contohnya, alat bantuan pernafasan dicabut atas permintaan pesakit.
  3. Active non-Voluntary Euthanasia; contohnya, suntikan yang membawa maut diberikan bertentangan dengan kehendak pesakit.
  4. Passive Involuntary Euthanasia; contohnya, rawatan diberhentikan bertentangan dengan kehendak pesakit.

Nah, sekarang persoalan timbul :

Apakah semua kaedah ini salah dari segi etika perubatan?

Adakah syarak tidak membenarkan euthanasia?

Sekiranya, mengambil nyawa seseorang adalah suatu yang luar dari norma kehidupan manusia , mengapakah wujud sembilan buah negara yang meluluskan Rang Undang-Undang Hak untuk Mati serta wujudnya Persekutuan Masyarakat Hak untuk Mati Sedunia?

Sebagai seorang doktor sekiranya diminta untuk menjalankan euthanasia, bagaimanakah anda memutuskan situasi ini?

PERCANGGAHAN PENDAPAT DUA BLOK IDEALOGI

Sejarah telah melihat para pemikir Greek termasuk Aristotle secara kategorinya menerima Euthanasia dengan alasan utama untuk mengurangkan kesakitan. Bagaimanapun, apabila sains berkembang, perbahasan mengenai isu-isu agama dan etika tentang Euthanasia telah meningkat dengan pragmatik.

Dalam menceritakan tentang hujah-hujah berkaitan pandangan medical ethics terhadap euthanasia, terdapat dua perspektif yang melihat euthanasia sebagai boleh dan tidak boleh. Dua kelompak yang berbeza pandangan berkaitan perihal ini ialah puak pro-arguments dan satu kumpulan lagi ialah anti-euthanasia arguments.

Secara simplistik, kumpulan anti-euthanasia melihat pencirian secara moral terhadap isu mematikan hayat seseorang ialah sangat tidak sebati dengan asasi nilai-nilai kemanusiaan. Membenarkan diri sendiri rela untuk dibunuh dan berkerjasama dalam sebarang proses mempercepatkan kematiaan ialah tiada bezanya dengan prinsip-prinsip yang tercipta di sebalik kaedah membunuh diri sendiri iaitu suicide. Motif euthanasia ialah untuk mengelakkan dari satu-satu masalah yang spesifik, maka hipotesis yang lebih tepat : membunuh diri juga ialah satu kaedah untuk melarikan diri daripada masalah yang dihadapi! Sekarang udang tak lagi di sebalik batu.

Individu yang menghadapi tekanan hidup secara impak ekonomi atau pelbagai lagi, kemudiaannya memilih jalan untuk menemui ajal ialah satu tindakan yang dipersetujui umum sebagai tidak beretika.

QUXiDmjHTaZJcOfXC1QA_63578572_euthanasia_image1
Euthanasia tidak melanggar etika perubatan?

Ironinya, puak pro- euthanasia sudah tentu mempunyai sisi pandang yang reflektif. Relevanisasi yang dikemukakan ialah setiap insan mempunyai hak yang jelas untuk mati dan ini memungkinkannya menjadi satu realiti selagi tidak bercanggah dengan prinsip dakwaan liberal iaitu bukan memberi bahaya kepada orang lain.

Mereka mempercayai euthanasia memenuhi kriteria bahawa kaedah-kaedah moral mestilah bersifat universal. Dalam membincangkan entiti apakah yang didakwa meng’universal’kan kaedah-kaedah moral maka ianya  berkait rapat dengan soal hak-hak asasi kemanusiaan.

Tamsilnya, satu sudut pandang baru tercipta iaitu hak untuk mati ialah termasuk daripada cabang-cabang hak-hak untuk hidup dengan tidak menafikan mati itu ialah ciri antonim hidup namun proses-proses untuk mati ialah sebahagian daripada kehidupan.

Memetik kata-kata lagenda agung Masyarakat Hak untuk Mati Sedunia iaitu  Mendiang Professor Ronald Dworkin, the philosophers of law of the post-war era di dalam buku “An Argument about Abortion, Euthanasia, and individual Freedom” :

“Tetapi undang-undang semua negara-negara Barat (kecuali Belanda ) masih melarang doktor dan orang lain daripada terus membunuh orang atas permintaan mereka sendiri, sebagai contoh dengan menyuntik racun segera maut .

Oleh itu, undang-undang memberikan hasil yang nampaknya tidak rasional bahawa orang boleh memilih untuk mati dengan cara menolak untuk makan, dengan menolak rawatan yang menyimpan mereka hidup-hidup , atau oleh yang dicabut dari pernafasan dan menyesakkan , tetapi mereka tidak boleh memilih. Kematian tidak menyakitkan yang cepat dari doktor dengan mudah sepatutnya dapat diberikan ” .

Hak untuk hidup memberikan seseorang hak untuk tidak dibunuh jika mereka tidak mahu dibunuh. Pihak yang menyokong euthanasia akan berhujah bahawa menghormati hak ini adalah mencukupi untuk melindungi terhadap penyalahgunaan euthanasia, seperti mana-mana doktor yang membunuh seorang pesakit yang tidak mahu mati maka telah melanggar hak-hak orang itu.

Berbeda, penentang euthanasia mungkin tidak bersetuju dan berhujah bahawa membenarkan euthanasia akan meningkatkan risiko orang-orang yang mahu hidup dibunuh. Keburukan hasil melanggar hak untuk hidup ini begitu besar.

Justeru, adakah ianya merupakan alasan menentang yang cukup konkrit?

Akan bersambung dalam makalah seterusnya iaitu MEMILIH UNTUK PERGI.

LAMAN KOLUMNIS | ISU MEDIKAL

Muhammad Shafiq bin Kadir
Tahun 4
Kuliah Perubatan
Universiti Ain Shams

Unit Karya
Biro Penerbitan dan Penerangan
PERUBATAN Cawangan Ain Shams

Nama beliau tidak asing lagi dalam penulisan karya di Perubatan cawangan Ain Shams. Beliau banyak menghasilkan penulisan yang menarik dan mempunyai tarikannya yang tersendiri.  Penulis ini juga pernah menulis beberapa artikel untuk laman PERUBATAN Online. Antaranya ialah Ulama Melayu di Persimpangan Imperialisme dan Konflik, Gaza di Kala SahurGST : Berpijak di Bumi Nyata , Memahami apa itu GST dan Vaksin : Bahayakah?. Klik pautan – pautan berikut untuk terus membaca karya beliau.

KENYATAAN Artikel ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendapat PERUBATAN Online.