12233305_569857283166295_1654764687_n

ABBASIAH, 7 Nov. – Seramai 19 orang peserta telah pun menyertai program khusus utk mahasiswi PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS) yang diberi nama ‘For You.. Mademoiselle!’ yang bertemakan ‘Empowering Muslimah Towards A Productive Ummah”. Program ini telah berjaya dilaksanakan di bawah pantauan Timbalan Pengerusi sendiri, iaitu Saudari Faten Sakinah Binti Shawaruddin dan diketuai oleh Saudari Nur Farahin binti Abdul Halim, mahasiswi tahun 5 selaku pengarah program bertempat di Teratak Ulul Albab, Abbasiah. Program yang julung-julung kali diadakan pada sesi kali ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan walau rata-rata ahli terikat dengan tarikh peperiksaan.

Pasti ramai yang tidak mengetahui maksud perkataan ‘Mademoiselle’. Mademoiselle bermaksud ‘cik’ dalam bahasa Perancis dan digunapakai sebagai satu tarikan yang sangat menarik. Perkataan ini menunjukkan bahawa program ini sangat bertepatan bagi semua mahasiswi dengan pengisian-pengisian yang menarik. Semasa ucapan perasmiannya, Timbalan Pengerusi menekankan semula pembawaan manifesto beliau yang memfokuskan pembangunan mahasiswi sebagai objektif utama. Beliau juga menekankan objektif program sebagai satu platform untuk mahasiswi meningkatkan ‘soft skill’, pengucapan awam, keselamatan diri dan persediaan sebelum menjadi seorang isteri dan ibu yang bakal dihadapi kelak.

12242127_569857109832979_1263705817_n

Di akhir ucapan beliau, beliau mengingatkan semula kepada semua perserta tentang kepentingan mahasiswi sebagai muslimah yang akan mencorakkan generasi akan datang, dan acuan yang terbaik adalah acuan Islam yang memerlukan wanita itu sendiri mengamalkannya sebelum menerapkan nilai tersebut kepada generasi akan datang. Antara aktivit yang dijalankan adalah slot seni mempertahankan diri, pembentangan kitab ‘Tarbiyatul Aulad : Bab 2’, teknik menjahit pakain, slot perkongsian Unit Bait Muslim (UBM) dan diakhiri dengan slot debat dengan tajuk ‘Keterlibatan Muslimah Dalam Masyarakat’.

Slot perkongsian UBM yang dibentangkan oleh Saudari Aini Syazwani binti Kamalun Nahar, mahasiswi tahun 5 mendapat sambutan yang amat menggalakkan apabila ramai peserta yang mengajukan soalan-soalan yang amat berguna dan realistik dalam keadaan mahasisiwi untuk dipraktikkan pada masa kini. Melalui slot ini, para peserta didedahkan dengan ciri-ciri untuk menjadi bakal isteri yang solehah dan dikaitkan dengan kisah para sahabat pada zaman Rasulullah S.A.W.

Program Mademoiselle serba sedikit mendedahkan para peserta dengan pengetahuan asas agama Islam tentang persediaan dalam mendirikan rumah tangga sebagai seorang wanita muslimah terutamanya tanggungjawab sebagai isteri dan ibu, teknik dan kemahiran asas dalam menjalani kehidupan seperti menjahit, seni mempertahankan diri dan lain-lain.

“Secara keseluruhannya, program ini dapat menarik perhatian dan penghayatan peserta terhadap cara mempersiapkan diri secara holistik agar dapat menyumbang kepada ummah kelak”, kata Saudari Nurul Syakirna binti Abdul Rahim yang telah dinobatkan sebagai peserta terbaik dalam program ini. Semoga program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang bagi mengasah lagi kemahiran-kemahiran diri dalam kalangan akhawat Ain Shams. Diharapkan para peserta yang menyertai program ini dapat mengambil manfaat dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian sebagai satu latihan bagi melahirkan ummah yang menjadikan islam sebagai landasan kehidupan.