بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم و رحمة الله وبركاته

Segala puji dan kesyukuran dipanjatkan kepada Ilahi atas nikmat Islam dan iman. Selawat dan salam ke atas junjungan termulia, Nabi Muhammad SAW. Semoga dengan rahmat Allah Taala dan syafaat Nabi SAW membolehkan kita untuk dihimpunkan bersama-sama di syurga-Nya nanti kelak

  • وعن ابن عمر رضي الله عنهما قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: “كلكم راع، وكلكم مسئول عن رعيته: الإمام راع ومسؤول عن رعيته، والرجل راع في أهله ومسؤول عن رعيته، والمرأة راعية في بيت زوجها ومسؤولة عن رعيتها، والخادم راع في        مال سيده ومسؤول عن رعيته وكلكم راع ومسؤول عن رعيته
    ((متفق عليه ))
    Abdullah bin Umar , dia berkata: Rasulullah bersabda “Kalian semua adalah pemimpin dan bertanggung jawab terhadap rakyat yang dipimpinnya. Seorang raja memimpin rakyatnya dan akan ditanya tentang kepemimpinannya itu. Seorang suami memimpin keluarganya, dan akan ditanya kepemimpinannya itu. Seorang ibu memimpin rumah suaminya dan anak-anaknya, dan dia akan ditanya tentang kepemimpinannya itu. Seorang budak mengelola harta majikannya dan akan ditanya tentang pengelolaannya. Ingatlah bahawa kalian semua memimpin dan akan ditanya tanggungjawabnya atas kepemimpinannya itu.”

Menyedari hakikat ini, jelas nyatalah tanggungjawab yang telah sekian lama telah dipundakkan diatas setiap insan yang bernama ‘abdillah bahkan sejak azali lagi.

Yang patah tumbuh, yang hilang berganti. Itulah hakikat kehidupan di dunia fana ini. Sesi akademik lepas menampakkan hampir setahun Majlis Ketua Batch(MKB) telah menerajui ‘batch’, membantu ahli hal berkaitan akademik dan kebajikan ahli ‘batch’ masing-masing. Kini MKB bakal diganti dengan pimpinan ‘batch’ yang baharu bagi menerajui sesi akademik 2015/2016.

Oleh yang demikian, PERUBATAN Cawangan Ain Shams buat julung kalinya akan mengadakan Pilihanraya Batch (PRB) seiring dengan sesi akademik baru 2015/2016.
Pilihanraya ini bertujuan melatih semangat berorganisasi dalam kalangan ahli batch agar lebih kemas dan tersusun.

Justeru itu, kami di peringkat Naib Pengerusi dan Majlis Ketua Batch PERUBATAN Cawangan Ain Shams 2015/2016 menyeru kepada semua ahli PERUBATAN Cawangan Ain Shams untuk turut serta dan bersama-sama melibatkan diri sepanjang proses pilihan raya ini dengan sasaran 100% ahli setiap ‘batch’ turun mengundi.

Semoga perjalanan pilihan raya ini diredhai oleh Allah dan memberikan kebaikan kepada seluruh warga PERUBATAN sekali gus melahirkan bakal-bakal pemimpin negara yang disegani dan dihormati.

Sekian, terima kasih.

 

imran

MOHAMMAD IMRAN MOHAMMAD NASARUDDIN
Naib Pengerusi I
PERUBATAN CAWANGAN AIN SHAMS
2014/2015

SHARIFAH NORSYAHIDAH ENGKU TAUFIK
Naib Pengerusi II
PERUBATAN CAWANGAN AIN SHAMS
2014/2015