بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji bagi Tuhan sekalian alam yang masih memanjangkan umur kita untuk mengecapi dua nikmat terbesar iaitu nikmat iman dan islam. Dan tidak lupa juga selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad sallallahualaihiwassalam.

Sinonim dengan bermulanya sesi pengajian yang baru, PERUBATAN khususnya PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS), saban tahun akan melaksanakan satu program yang mana ianya bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa dan mahasiswi PERUBATAN mengenai tahun pengajian yang sedang dihadapi. Seperti yang sedia maklum, program ini diberi nama ‘Glow With Flow’ (GWF).

Antara objektif pelaksanaan GWF ialah:

1) Memberi pendedahan yang menyeluruh mengenai tahun yang akan diduduki sebagai persediaan awal. 2) Berkongsi pengalaman dan tips kecemerlangan daripada senior di samping memantapkan potensi ukhuwah sesama ahli. 3) Meningkatkan motivasi dalam kalangan ahli PERUBATAN bagi menghadapi sesi pengajian baru.

Diharapkan seluruh ahli PCS dapat memberi komitmen serta menjayakan program yang disediakan sekaligus mencapai objektif-objektif yang telah digariskan dalam melahirkan mahasiswa perubatan yang cemerlang dunia dan gemilang di akhiratnya.

Justeru, amat diharapkan agar program ini mendapat keredhaan dan keberkatan daripada Allah S.W.T dan seterusnya dicatat sebagai amal-amal soleh yang diterimaNya. Semoga Glow With Flow (GWF) sesi ini berjalan lancar

Sekian, Terima Kasih.

“Achieve the Highest, Improve Others”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”
“At- Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

Sketch250125538
Muhammad Amiruddin Bin Suhaini
Ketua Biro Akademik (BCAD)
PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS) 2015/2016

Sketch25013236
Rabiatul Adawiyah Binti Saad
TimbalanKetua Biro Akademik (BCAD)
PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS) 2015/2016