SELOKA SUKA SUKA
Asslamualaikum pembuka bicara
Buat sesiapa yang sudi membaca
Seloka ini untuk suka-suka
Sebagai kenangan sampai ke tua
Orangnya manis,kecil molek pula
Walaupun lembut, tegasnya masih ada
Cantik dengan senyum selamba
Itulah kak Sarah mentor kita
Puteri blur dalam istana
Bab menyanyi paling digemari
Menjadi pujaan hati si Pangeran Misteri
Sapa lagi kalau bukan Aisyah Sobri
Asniza minah yang garang
Kalau marah meletup rumah
Kalau gelak tak sedar diri
Suka ceriakan hati yang muram
Salwani Ghazali nama diberi
Sal pula nama panggilannya
jarang-jarang mengeluarkan suara
Bila dah keluar dihenti jangan
Orangnya pendiam sedikit pemalu
Orang buat lawak tak gelak pulak tu
Kalau bab study dia nombor satu
Inilah farhana contoh pelajar U
Sampailah kini giliranku pula
Hidayah wahid ku punya nama
Ku buat seloka ini tiada niat mengata
Tapi sekadar nak berjenaka
Kepada semua janganlah terasa
Seloka ini sekadar gurau senda
Tiada salah mengusik sekali sekala
Untuk eratkan kebersamaan bersama
PERTANDINGAN KARYA ESCAPE ’15
MARKAH KESELURUHAN : 47%
Nur Hidayah Abdul Wahid
Tahun 2
Kuliah Perubatan
Universiti Ain Shams
Unit Karya
Biro Penerbitan dan Penerangan
PERUBATAN Cawangan Ain Shams
Karya ini dihasilkan untuk pertandingan karya bersempena kempen Smart Circle “eSCape’15” anjuran MENTOR COUNCIL PCS yang diadakan pada bulan Mac yang lalu. Ruangan ini disediakan untuk menerapkan kepentingan smart cicle dalam membina kesatuan dan sahsiah dalam kalangan ahli PCS.
KENYATAAN Artikel ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendapat PERUBATAN Online.
komen membina peribadi mulia