Menyusur langkah Tuah dan Jebat,

Pantang rebah bangun berdiri,

Salam ukhuwah buat sahabat,

Bertatang sembah pantun penyeri.

Mawar berduri

Tiada jemu menyemai bakti,

Mentor harapan kak Sarah Hamdan,

Bila bertemu senang di hati,

Saat kejauhan rindu-rinduan.

Indah berseri sulaman sari,

Bersulam mawar khazanah berabad,

Aisyah Sobri si mawar berduri,

Pantang dicabar jiwanya nekad.

Datang berakit bersama kelasi,

Terpandang merbah di pohon sena,

Hidayah Wahid ketua dedikasi,

Memikul amanah janji dilaksana.

Jauh kembara tiada peritnya,

Tiadalah pasrah Asniza Ramli,

Tutur bicara sepantas langkahnya,

Tatkala marah tertawa kembali.

Grass Landscape Wallpaper High Resolution Wallpaper
Luas terbentang

Hati terkenang gadis rupawan,

Rindu di hati tiada terperi,

Cantik dipandang hati tertawan,

Itulah Salwani puteri bestari.

Gigih usaha berkorban diri,

Merentas muara menjejak medan,

Farhana Nasuha pewaris Nogori,

Pabila berbicara tiada sempadan.

Tepian selasih datang bertamu,

Beralas ambal luas terhampar,

Kerana kasih kita bertemu,

Moga kekal terus bersinar.

PERTANDINGAN KARYA ESCAPE ’15

MARKAH KESELURUHAN : 60%

Nor Asniza Ramlee
Tahun 2
Kuliah Perubatan
Universiti Ain Shams

Unit Karya
Biro Penerbitan dan Penerangan
PERUBATAN Cawangan Ain Shams

Karya ini dihasilkan untuk pertandingan karya bersempena kempen Smart Circle “eSCape’15” anjuran MENTOR COUNCIL PCS yang diadakan pada bulan Mac yang lalu. Ruangan ini disediakan untuk menerapkan kepentingan smart cicle dalam membina kesatuan dan sahsiah dalam kalangan ahli PCS.


KENYATAAN 
Artikel ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendapat PERUBATAN Online.