“Sedia.”

Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa tika itu

Semua yang ada tersenyum senang. Teruja. 7 pasang mata bercahaya menanti isyarat di depan mata. Suasana riuh rendah dengan gelagat manusia di sekeliling mereka tidak dihiraukan. Sesekali terdengar ketawa riang anak-anak kecil di situ. Lemah angin petang bertiup mendamaikan jiwa jiwa kusut yang dimamah kebisingan kota.

“Satu, dua, tiga.”

Serentak itu buih buih sabun kecil mula mengelilingi mereka. Beratus, mungkin beribu sfera lutsinar itu terapung-apung di udara sekaligus menghasilkan warna indah hasil biasan cahaya dari sang mentari. Masing masing melopong kekaguman. Beberapa orang yang lalu lalng ketika itu juga berhenti seketika menyaksikan keindahan yang terhidang di depan mata. Maha Suci Allah, segala pujian kembali kepadaNya.

sara : Tengok, yang itu warna hijau.

Lin : Taklah, purple. Mata awak silap tengok tak?

Mia : Erk, aku nampak biru. Siapa yang betul ni sebenarnya?

Aira : Bukanlah, oren, oren.

4 pemilik suara mula bertingkah. mereka sudah terbiasa begitu, usik usik manja, untuk merapatkan hubungan kata mereka. ukhuwah mereka bermula juga hampir seperti itu, sedikit salah faham. Mujur juga ada Kak Fia, kakak usrah mereka sekarang. lebih manis apabila mengetahui mereka diletakkan dalam satu ‘bulatan’ selepas itu, bersama Kak Fia pula. Manisnya melebihi gula.

“Cantiknya. Subhanallah.” kedengaran masing masing bertasbih memuji Yang Maha Kuasa. tiada lagi ‘perdebatan’ antara mereka kini, cuma untaian pujian kepada Allah yang bersahutan.

Yang lain hanya melihat. Kak Fia tersenyum senang, Yaya dan Dina hanya mengerutkan dahi melihat telatah mereka. Haih, macam macam kerenah. Namun di hati masing masing tidak putus bertasbih, bersyukur atas nikmat di depan mata.

“Kenapa pendapat kita berbeza walaupun melihat benda yang sama?” si tudung biru Dina menyoal. Tangannya masih ligat mengacau air sabun di dalam bekas. Seketika kemudian dia meniup batang plastik berlubang itu dengan bersungguh sungguh. mulutnya sudah kelihatan seperti paruh itik, akibat usahanya itu.

6 pasang mata melihatnya. Masing masing tertawa. Persoalannya menjentik fikiran mereka. Idea dikerah untuk membahaskan jawapan yang dirasakan ideal.

“Sebab buih tu membentuk prisma,”

“Sebab cahaya matahari yang terdiri dari 7 warna,”

“Sebab visual acuity kita berbeza,”

“Sebabnya pertama sekali, kita akan nampak warna yang kita paling suka.”

“Bagus, bagus. Pendapat yang hebat semuanya. Dari segi ilmiah memang tepat apa yang adik adik cakap tu. Macam mana kalau kita cuba lihat dari sudut yang berbeza.” Kak Fia mula menguji minda mereka. Satu persatu wajah wajah dihadapannya dipandang. Mereka yang dianggap seperti adik adik kandungnya sendiri.

“Maksudnya, kita tak perlu lihat buih-buih tu sebagai buih kan. Hendak diibaratkan sebagai apa kalau macam itu?” tutur Mia perlahan.

“Ermm, macam mna dengan ‘cantik’. Walaupun berbeza mengikut persepsi individu yang melihat, tetapi akhirnya ia disimpulkan sebagai cantik, tak ke?

Berbezakah kita?

Contoh Sara nampak warna hijau, Mia nampak biru, Aira nampk oren, Lin nampak warna purple, tapi keempat awak setuju kan warna warna yang terhasil itu cantik. Maka definisi cantik bagi mereka tercapai walaupun berbeza.” Itu yang dilihat Yaya tadi, dan itulah juga yang cuba disampaikan mengikut pemahamannya secara kasar.

“Wah, yaya boleh jadi pendebat kebangsaan ni.” Usik mia.

Ketawa.

Kak Fia tersenyum senang. “Bagus tu Yaya. Hmm, macam mana dengan diri muslimin? Ada sesiapa boleh beri pendapat?”

“Muslimin? Ermm, ramai?” Aira bertanya, mukanya berkerut bagaikan baru mendengar perkataan asing.

Ketawa lagi.

“Aahh, orang orang yang mengaku syahadah adalah Muslim. Tetapi diri seorang manusia itu pasti punyai sikap dan karakter masing-masing. Jadi setiap orang adalah berbeza walaupun memegang akidah yang hak.” Lin juga ikut teruja.

Berbeza yang baik.

“Betul tu. Perbezaan ini juga menguatkan kita. Macam mana? Sebenarnya, setiap seorang muslim itu saling menguatkan antara satu sama lain. Karakter kita mempunyai kelebihan dan kekurangan. Ada orang yang pandai berpidato tetapi kurang pandai memasak, ada yang suka makan tetapi kurang suka bersukan, ada yang hebat berkarya tetapi tak suka bercakap di hadapan.

Jadi kekurangan itu sebenarnya menguatkan bukan melemahkan. Kelebihan juga melengkapkan bukan untuk membangga diri dan sebagainya.

Semua itu tidak akan tercapai jika berseorangan. Sebab itulah perlunya jamaah. Kita akan lemah jika berseorangan, mudah dijatuhkan, mudah berasa negatif terhadap sesuatu tetapi apabila ramai…”

“Kita akan kuat!” Serentak semua yang ada bersuara. Masing masing berpandangan sebelum ketawa kecil.

“Kita ni kan sehati sejiwa. Cakap pun bersama sama.”

Dan Allah kembalikan perbezaan itu untuk kita bertaaruf, dan seterusnya mengejar ke arah ketaqwaan dam membina iman yang teguh. Kerana iman dan taqwa itulah hadaf yang dapat menyatukan hati-hati kita.

Langit senja mula kelihatan, dipenuhi dengan kumpulan burung yang ingin kembali ke sarang. Bayu senja damai berlagu mengingatkan kebesaran Ilahi. Sungguh, kata-kata yang menghiasi ‘bulatan’ mereka pada hari itu sangat terkesan pada hati mereka.

…perbezaan yang baik.

…kelemahan yang menguatkan.

…kerana iman dan taqwa itulah hadaf yang dapat menyatukan hati-hati kita

PERTANDINGAN KARYA ESCAPE ’15

MARKAH KESELURUHAN : 62%

Tak tau lagi sapa
Tahun ?
Kuliah Perubatan
Universiti Ain Shams

Unit Karya
Biro Penerbitan dan Penerangan
PERUBATAN Cawangan Ain Shams

Karya ini dihasilkan untuk pertandingan karya bersempena kempen Smart Circle “eSCape’15” anjuran MENTOR COUNCIL PCS yang diadakan pada bulan Mac yang lalu. Ruangan ini disediakan untuk menerapkan kepentingan smart cicle dalam membina kesatuan dan sahsiah dalam kalangan ahli PCS.


KENYATAAN 
Artikel ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendapat PERUBATAN Online.