Usrah ini bagaimana
Sebahagian bilang ianya keluarga
Sebahagian bilang ianya saudara
Sebahagian bilang ianya ukhuwah fillah
Kerna tidak semua mengerti maksud yang sama
ada-apa-dengan-usrah
Usrah ini bagaimana
Kadang-kadang naqibnya menghilang
Kadang-kadang ahlulnya tidak senang
Kadang-kadang ada tetamu tanpa diundang
Kadang-kadang tiada siapa pon datan
Tinggallah buku nota sepi
Tiada dibelek tiada diisi
usrah-best
Usrah ini bagaimana
Kadang bercakap tiada pendengar
Kadang membaca tiada pemaham
Kadang berdebat tiada adabnya
Kadang membahas tiada ilmunya
Apakah kepala yang salah
Atau si anak-anak madah berhelah
Membuat biah tiada seri wajah
usrah
Usrah ini bagaimana
Selalunya diulangi perkara sama
Selalunya dimulai kalam serupa
Selalunya dibicara hal dahulu kala
Jarang sekali ahlinya terfana
Dengan kepetahan si pembicara
Hanya kudapan menjamu selera
Rutin menjawab melepas amanah

PERTANDINGAN KARYA ESCAPE ’15

MARKAH KESELURUHAN : 63%

Shahrul Zulfikar 
Tahun 2
Kuliah Perubatan
Universiti Ain Shams

Unit Karya
Biro Penerbitan dan Penerangan
PERUBATAN Cawangan Ain Shams

Karya ini dihasilkan untuk pertandingan karya bersempena kempen Smart Circle “eSCape’15” anjuran MENTOR COUNCIL PCS yang diadakan pada bulan Mac yang lalu. Ruangan ini disediakan untuk menerapkan kepentingan smart cicle dalam membina kesatuan dan sahsiah dalam kalangan ahli PCS.


KENYATAAN 
Artikel ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendapat PERUBATAN Online.