Sajak buat Kakandaku
Kakandaku
Hati ini sedih
Hati ini keras
Hati ini gelap
Hati ini terhijab
Dan kuharapkan hati ini belum mati
Kakandaku
Sentuhlah hatiku
Jernihkanlah hatiku
Hidupkanlah hatiku
Dan didiklah hatiku
Gilapkanlah ia sepertimana kain putih yg terhampar bersih
Entah bagaimana kakanda
Harus kuucapkan terima kasih
Engkau berjaya mematahkan kelalaianku
Engkau berjaya membataskan kejahilanku
Engkau segarkan kembali sesuatu
Sesuatu yg telah lama hilang
Engkau rungkaikan sesuatu
Sesuatu yg tidak pernah aku ketahui
Kakandaku
Tiada kata yg lebih indah untuk dizahirkan
Ku mohon
Bawalah aku ke syurga sebenar
PERTANDINGAN KARYA ESCAPE ’15
MARKAH KESELURUHAN : 62%
Nor Salwani binti Ghazali
Tahun 2
Kuliah Perubatan
Universiti Ain Shams
Unit Karya
Biro Penerbitan dan Penerangan
PERUBATAN Cawangan Ain Shams
Karya ini dihasilkan untuk pertandingan karya bersempena kempen Smart Circle “eSCape’15” anjuran MENTOR COUNCIL PCS yang diadakan pada bulan Mac yang lalu. Ruangan ini disediakan untuk menerapkan kepentingan smart cicle dalam membina kesatuan dan sahsiah dalam kalangan ahli PCS.
KENYATAAN Artikel ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendapat PERUBATAN Online.
komen membina peribadi mulia